Selamat Datang

Selasa, 26 Jun 2012

Sambutan Hebat Ceramah di Batu Lima




 Parit Buntar, 25 Jun; Ceramah PAS dan Pakatan Rakyat mendapat sambutan hangat oleh orang ramai yang hadir malam tadi. Ribuan orang ramai hadir memenuhi dataran Batu Lima untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Nasron Aswad.

Ini adalah kali kedua ceramah yang diadakan di Batu lima ini mendapat sambutan yang hebat terutamanya dari golongan anak muda. Dalam ucapannya, beliau mengatakan bahawa anak-anak muda dinegara kita ini begitu banyak terlibat dengan masalah gejala sosial adalah kerana salah ibu bapa.

Ini kerana ibu bapa yang ada sekarang ini telah tersalah memilih UMNO/BN untuk memerintah negara, Akibatnya negara dan rakyat tidak dibawa kepada ketundukan kepada Allah. Dengan ini timbul berbagai masalah sosial yang semakin mengancam kehidupan masyarakat.


Sekiranya pemerintah itu adil dan membawa kepada tunduk dan patuh kepada perintah Allah serta menjalankan segala hukum-hukumnya, nescaya keadaan masalah sosial dapat dihindari. Apa yang berlaku sekarang ini adalah pemerintah tidak mahu kepada kebaikan.

Tidak hairanlah dalam himpunan sejuta belia di Putrajaya iyu, mereka dengan tidak takut dan segan silu mengundang kemurkaan Allah dengan membawa masuk hiburan yang melampau seperti K-Pop dan sebagainya. Akhirnya remaja dan anak muda hilang pedoman setelah disogok dengan hiburan yang jelas dilarang oleh Allah,

Turut berucap dalam ceramah itu ialah Ustaz Abu Bakar Hussin, Pesuruhjaya PAS Perak, YB Yunus Jamhari, ADUN Kuala Kurau, Hj Harun Hashim, YDP PAS Parit Buntar.

Diakhir ceramah itu, persembahan dari Pak Long yang didatang khas menyamapaikan lagu-lagu berunsur kerohanian kepada orang ramai.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails