Selamat Datang
Isnin, 18 Jun 2012
Guru mesti berani berubah - Dato Adnan Ibrahim
Parit Buntar, 15 Mei; Kakitangan Awam terutamanya guru mestilah berani untuk membuat perubahan dalam politik negara, kata Dato Adnan Ibrahim, bekas mantan Pengarah Pelajaran Perak dalam satu perjumpaan tertutup dengan guru-guru yang dianjurkan oleh PAS Parit Buntar baru-baru ini.
Semua orang perlu berubah dari buruk kepada kebaikan katanya lagi. Beliau menjelaskan selama lebih 28 tahun beliau menjadi ahli UMNO, banyak keburukan yang telah beliau melihatnya sendiri dan kini tiba masa untuk berubah kepada kebaikan dan menyertai PAS.
Perubahan seperti ini telah disebut di dalam al-Quran yang menuntut manusia berubah menjadi baik.
Beliau mengajak semua kakitangan awan agar tidak takut untuk memberi undi kepada Pakatan Rakyat yang jelas ingin membawa perubahan kepada yang lebih baik lagi untuk rakyat Malaysia.
UMNO/BN telah memerintah lebih 50 tahun dan dilihat sudah tidak boleh diharapkan dan diyakini lagi oleh rakyat. Berbagai keburukkan dan kezaliman telah dilakukan oleh mereka menyebabkan rakyat mula mencari alternatif baru untuk mentadbir negara ini dengan lebih baik lagi.
Jelas sekali kebobrokan oleh UMNO/BN yang melakukan pelbagai penyelewengan dan penyalahguna kuasa tidak lagi memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat.
Sebaliknya hanya mementingkan segolongan kroni mereka sahaja untuk terus merebut khazanah kekayaan negara dengan cara yang kotor dan jijik sekali. Rakyat terus dipinggirkan.
Ia dapat dilihat melalui isu lembu, isu kapal selam, isu PKFZ dan berbagai isu lain. Semuanya hanya menguntungkan orang yang tertentu sahaja. Slogan ; Rakyat didahulukan ,Pencapaian diutamakan; hanya tinggal slogan shaja.
Diakhir-akhir ini rakyat diberi rasuah dan disogokkan dengan berbagai bantuan seperti BR1M, Bantuan RM100 untuk pelajar sekolah dan sebagainya adalah kerana pilihanraya semakin hampir.
Mengapakah bantuan ini dibuat ketika sudah hampir waktu PRU13?Tidak lain tidak bukan untuk memancing undi dalam pilihanraya akan datang,
Berbeza dengan Pakatan rakyat yang telah membuat suatu manifesto dalam buku jingganya sebagai satu dasar yang akan dilaksanakan apabila diberi peluang untuk memerintah di Putrajaya. Ini bukan janji kosong tetapi ia optimis boleh dilaksanakan.
Oleh itu semua rakyat tidak kira samada guru atau kakitangan perkhidmatan awam yang lain mestilah membuat perubahan dengan menyokong dan mengundi PR untuk merealisasikan apa yang terkandung dalam buku jingga itu,
Kepentingan kakitangan awam terutamanya golongan guru akan dipertahankan dan dijaga dengan sebaiknya oleh PR. Sudah tiba masanya untuk semua kakitangan awam memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. Kini dianggarkan dari kajian yang dijalankan 60 peratus mereka telah menyokong PR.
Turut berucap ialah Ustaz Abu Bakar Hussin, Pesuruhjaya PAS Perak dan YB Dr. Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA