Selamat Datang

Ahad, 17 Jun 2012

Puluhan ribu hadir ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz.




Bagan Serai, 16 Mei; Padang dan dewan di Pusat Tarbiyah PAS, Kawasan Bagan Serai, Masjid Tinggi telah dipenuhi  oleh puluhan ribu orang ramai yang datang untuk mendengar ceramah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS malam tadi.

 Ceramah ini diadakan sempena Seminar dan Himpunan Pesawah Peringkat Kebangsaan  dan Himpunan Hijau PAS Peringkat Negeri Perak yang bermula pada pagi tadi.Sambutan hebat orang ramai  menyebabkan TGNA merasa sangat teruja dalam menyampaikan ceramahnya. Beliau telah menyentuh berbagai isu termasuklah isu undi PAS dapat pahala.


Orang ramai tidak berganjak mendengar penerangan dari beliau dan TGNA sendiri  yang turut bersemangat melihat lautan  orang ramai sehingga dapat berucap dari lebih 45 minit.



Sambutan orang ramai seperti ini seolah-olah ianya sebagai tanda Pakatan Rakyat akan dapat menerajui Perak sekali lagi dalam PRU 13 nanti. Hadirin yang datang terdiri dari berbagai kaum Melayu, Cina dan India. Malahan yang paling ramai sekali adalah dikalangan anak-anak muda.

PAS kini berjaya memikat hati anak-anak muda di dalam semua program yang dianjurkan. Kelihatan rata-rata anak muda memakai baju hijau sebagai sokongan  kepada tema himpunan tersebut.

Berbagai gerai jualan diadakan dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari orang ramai.

Turut berucap dalam ceramah ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin, YB Dato Seri Nizar Jamaluddin, AJK PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak serta YDP PAS Bagan Serai, YB Ramli Tusin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails