Selamat Datang

Sabtu, 9 Jun 2012

Lebih 2000 orang hadir Ceramah Tamrin Ghaffar di Titi Serong






Parit Buntar,8 Jun; Sambutan orang ramai terhadap ceramah Tamrin Ghaffar di Dewan Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Hussin , Pusat Tarbiyah PAS Kawasan, Titi Serong amat menggalakkan. Kehadiran lebih dari 2000 orang itu amat tertarik dengan ucapan yang disampaikan oleh Tamrin Ghaffar.

Ada di antara yang hadir adalah orang-orang UMNO yang ingin mendengar ceramah dari Tamrin yang mengaku masih lagi menjadi ahli UMNO tetapi kini sangat aktif berceramah di pentas Pakatan Rakyat.

Turut memberi ucapan ialah YB Ustaz Dr. Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar dan Hj Harun Hashim YDP PAS kawasan Parit Buntar.


Dalam ucapannya, Tamrin berkata dalam UMNO ini ada enam T. Ini yang digunakan oleh UMNO untuk mengajak rakyat untuk menyertai sebarang aktiviti atau perhimpunan yang diadakan. Tanpa 6T ini UMNO gagal untuk menarik rakyat bersama-sama mereka.

 Antaranya,  T pertama ialah Topi iaitu UMNO akan sediakan Topi percuma kepada orang yang turut serta dalam sebarang program yang dianjurkan. Begitu juga T kedua ialah T-Shirt percuma. Ini juga akan diberikan kepada mereka secara percuma. Dalam himpunan menyambut ulang tahun UMNO baru-baru ini, baju T berwarna merah diagihkan-agihkan secara percuma dengan menggunakan peruntukkan tertentu.

T yang ketiga ialah transport. Pengangkutan disediakan untuk mereka juga secara percuma. Tiada orang yang nak pergi jika dikenakan bayaran. Inilah yang didik dalam UMNO dimana semuanya perlu disediakan. Dalam PAS perkara ini tidak berlaku kerana ahli-ahlinya sanggup mengeluarkan duit poket sendiri sebagai jihad dalam perjuangan.

T yang keempat ialah Token iaitu setiap orang yang turut serta akan diberi duit atau elaun sebanyak RM50, RM100 atau yang cerdik sedikit akan dapat RM1000 ujarnya. Tak hairanlah kalau semua program mendapat sambutan rakyat kononnya.

T seterusnya ialah Tipu. Rakyat telah ditipu dari dulu hingga sekarang dan masih tidak sedar lagi walaupun dah 50 tahun lebih UMNO/BN memerintah. Contohnya seperti himpunan UMNO dikatakan lebih 250 ribu sedangkan stadium itu hanya muat 100 ribu sahaja. Macam mana mereka kira pun tak tahu. Antara penipuan UMNO kepada rakyat termasuk juga penyelewengan wang negara, rasuah, penyalah guna kuasa dan sebagainya  seperti isu lembu, Felda dan sebagainya.

Melihat kepada himpunan Hijau yang dianjurkan oleh PAS dengan kehadiran melebihi 100 ribu itu, beliau yakin bahawa jalan menuju ke Putrajaya sudah sampai ke ambang kemenangan. Beliau menyeru kepada orang-orang UMNO supaya sama-sama menyokong PR kerana UMNO sudah tidak relevan lagi. Dalam satu program MUBARAK iaitu persatuan bekas-bekas ADUN dan MP BN, apabila ditanya siapa dikalangan mereka yang telan mengundi PR dalam PRU12 yang lalu, beliau amat terkejut kerana disangkanya hanya beliau saja yang mengundi PR tetapi rata-rata mereka yang hadir juga telah mengundi PR katanya.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails