Selamat Datang

Ahad, 24 Jun 2012

Lebih Lima Ribu hadiri Ceramah Mat Sabu





Parit Buntar,23 Jun; Ceramah sempena perasmian Pusat Tarbiyah MTD Kuala Kurau dan UPU Batu 14 telah mendapat sambutan orang ramai. Lebih dari lima ribu orang telah membanjiri dataran pusat tersebut yang hanya memuatkan kira-kira tiga ribu orang sahaja.

Orang ramai yang tidak dapat masuk, terpaksa duduk dan berdiri ditepi jalanraya dan jalan taliair yang berhampiran untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS Pusat.

Dalam ucapannya, Mohamad Sabu berkata, UMNO/BN sudah tidak lagi diyakini oleh rakyat untuk memerintah negara ini. Sudah sampai masanya PR akan mengambil alih Putrajaya kerana rakyat mahukan perubahan terutamanya golongan anak muda.


Dulu beliau sendiri tidak nampak jalan untuk ke Putrajaya kerana parti politik dalam PR seperti PAS, PKR dan DAP tidak bersatu dan masing-masing berjuang bersendirian yang akhirnya tiada satu parti pun dapat mengalahkan UMNO/BN.




Namun kini bila Pakatan Rakyat wujud dan hasilnya UMNO/BN telah dapat dikalahkan di beberapa negeri, jalan menuju ke Putrajaya makin jelas. Oleh itu UMNO/BN sangat takut dengan perpaduan yang wujud dalam PR ini kerana dengan cara ini sahajalah mereka dapat ditewaskan.

Beliau juga menyentuh beberapa isu penyelewangan UMNO/BN seperti isu kapal selam, PTPTN, tanah rizab Melayu, Bukit Kepong dan sebagainya.

Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah Ketua Ameerah, Fareedah Abdul Samad, YB Ustaz Dr. Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar, Ustaz Abu Bakar Hussin, Pesuruhjaya PAS Perak , YB Yunus Jamhari ADUN Kuala Kurau dan Hj Harun Hashim YDP PAS Parit Buntar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails