Selamat Datang
Memaparkan catatan dengan label himpunan hijau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label himpunan hijau. Papar semua catatan
Sabtu, 2 Jun 2012
Himpunan Hijau: PAS rakam sejarah baru Tahun 2012
Bermula selepas suboh, saya bersama keluarga memulakan perjalanan menuju ke Kompleks PAS Kedah di Kota sarang Semut untuk hadir dalam program Amanat dari Pemimpin. Dalam perjalanan di sepanjang lebuhraya, langit sentiasa mendung dan menunjukkan tanda-tanda hendak hujan. Memang benar sangkaan kami bila hujan mula tutun dengan lebatnya bermula dari bertam hinggalah ke Sungai Petani. Selepas itu tiada lagi hujan walaupun cuaca masih lagi mendung. Kami meneruskan perjalanan dan keluar melalui tol Gurun dan cuaca amat baik sekali. Kami sampai ke Kompleks PAS Kedah kira-kira pukul 8.45 pagi.
Labels:
himpunan hijau
Khamis, 31 Mei 2012
Himpunan Hijau “Semarak Perjuangan Serlah Keyakinan”
| 31 Mei 2012 |
Himpunan Hijau pada 1hb Jun adalah ijtimak terbesar PAS bagi
menggarap gelombang mujahadah seluruh ahli dan jentera parti bagi
memperkasakan persiapan menghadapi PRU ke 13.
Himpunan bagi menggantikan muktamar PAS Pusat yang ditangguh ini akan menyerlahkan satu penyataan persediaan jentera parti di semua peringkat.
Himpunan ini akan diadakan dalam suasana semua pihak menggembleng tenaga dan sokongan bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti yang bakal menerajui negara.
Himpunan ini juga satu medan mendekatkan diri sebagai makhluk Allah dengan rayuan, bermunajat dan menghambakan diri kepada Allah agar kemenangan Islam dapat dicapai dalam PRU ke 13.
Munajat kali ini adalah untuk agama, bukan bagi mencapai kepentingan diri dan peribadi. Munajat yang dapat diambil iktibar dari apa yang dipohon oleh Rasulullah dan para sahabat:
Al-Baqarah: 250
"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir."

Kejutan ada tokoh penting bakal menyertai PAS di Himpunan Hijau esok
Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Dijangkakan
akan ada beberapa kejutan akan diumumkan oleh PAS dalam Himpunan Hijau
ke Putrajaya yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar
esok.
Setiausaha
Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika ditanya berhubung 'kejutan' itu,
beliau berkata ianya mungkin diumumkan pada acara kemuncak di sebelah
malamnya.
"Malam esok adalah program kemuncaknya di mana semua pimpinan utama PAS akan hadir.
"Semestinya mungkin ada beberapa orang baru nak isytihar masuk PAS," katanya.
Labels:
himpunan hijau
Bangga sertai Himpunan Hijau Menuju Putrajaya
| NIk Abduh Nik Abdul Aziz, | 31 Mei 2012 |

Hari ini, bersama keluarga, saya akan bergerak awal ke Kedah untuk Himpunan Hijau Menuju Putrajaya. Semoga perjalanan merentas Lebuh raya Timur Barat selamat dan diberkati Allah.
Mengapa kita berhimpun?
Labels:
himpunan hijau
Langgan:
Catatan (Atom)