Selamat Datang

Jumaat, 9 September 2011

Ketua cawangan Umno sertai PAS


| Print |
Muhammad Yusri Amin

(Mohd Nordin [dua dari kanan] bergambar kenangan di majlis menyertai PAS dan meninggalkan Umno)

KOTA BHARU, 9 Sept: Ketika Umno dan medianya terus-terusan menyerang timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, ketua cawangan Umno cawangan Bentara Kiri, Mohd Nordin Awang menyertai PAS.

Majlis meraikan kemasukan beliau dan penyokongnya itu disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam majlis ‘Selamat Tinggal Umno’.

Ia diadakan di chabang empat, Kampung Cherang petang semalam. Turut serta di majlis itu Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan juga bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh Sabri Shafei yang menyertai PAS sebelum ini.

Sabri Shafei dalam ucapannya pada majlis itu mendakwa menjelang PRU-13 kini, banyak perkara berlaku dalam Umno-BN termasuk pemimpinnya pergi ke Mekah menaiki jet dengan membawa pengikut dan penyokongnya.

“Ini menunjukkan betapa borosnya ‘kerajaan BN’ di mana dalam usaha nak mendapat sokongan bagi menentukan terus memerintah Malaysia selepas PRU-13.

“Namun demikian, saya dapati kini semakin ramai kawan-kawan saya dari Umno terutama Umno Bahagian Kota Bharu berhasrat meninggalkan Umno dan akan bersama dengan PAS bagi menentukan Parlimen Kota Bharu akan kekal kepada PAS dalam PRU-13.

“Orang-orang yang dilantik, sudah ramai meninggalkan Umno. Yang masih tetap dalam Umno hanya untuk mencari kekayaan,” dakwanya.

Beliau menyeru rakyat di negeri ini supaya sama-sama mendokong perjuangan PAS diketuai Mursyidul Amnya Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Ini penting supaya PAS Negeri Kelantan akan tercatat sejarah terulung sebagai sebuah parti yang tidak akan kalah, insya Allah,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails