KUALA LUMPUR, 19 Sept: AJK PAS Pusat yang juga Exco
Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyatakan beliau tetap akan
bersama PAS dan tidak berminat untuk menyertai Umno.
Beliau berkata, tiada sebab untuk beliau menyertai Umno yang disifatkannya sedang "nazak dan hampir karam".
"Dalam hati saya hanya ada perjuangan Islam (PAS), bukan Umno.
“Untuk
apa saya buat begitu (masuk Umno) sedangkan Umno dalam keadaan nazak,
jentera dan kapalnya semua hampir tenggelam," katanya tegas.
Beliau
berkata demikian sebagai menafikan spekulasi yang ditimbulkan dalam
blog bahawa beliau akan meninggalkan PAS dan menyertai Umno dalam masa
terdekat.
Menurut beliau yang menyifatkan tuduhan itu sebagai
fitnah jahat terhadap dirinya, PAS tetap pilihannya kerana beliau yakin
dengan perjuangan PAS kerana dasar perjuangan Islam parti itu yang
berpandukan berpandukan Al-Quran dan Al-sunah, Ijma' Ulama dan Qias.
"Semenjak
cerita bohong ini disebarkan dalam blog dan laman sesawang facebook
saya telah menerima 15 panggilan telefon dan 25 SMS megenai hal
tersebut.
"Semua buang masa, dan lebih baik saya beri tumpuan
dengan kerja pentadbiran kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR)
untuk pertingkatkan ekonomi negeri Selangor, " katanya lagi.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Gombak semalam.
Turut
hadir bersama Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Hulu Klang Shari Sungib, pimpinan Pakataran Rakyat
Selangor dan AJK Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.
Sementara
itu beliau sekali lagi turut menafikan dakwaan bahawa ada berjumpa
dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk
menyatakan hasrat menyertai Umno.
"Saya harap provokasi murahan
yang dilemparkan terhadap saya dapat menenangkan semua rakyat. Yakinlah
saya tetap dengan perjuangan PAS dan terus berada dalam kerajaan Pakatan
Rakyat sehingga akhirnya bagi menentang kezaliman Umno BN," tegasnya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA