Selamat Datang
Isnin, 16 Julai 2012
Sumbangan Imarah Masjid dan Surau Kawasan Parit Buntar Sempena Ramadhan AlMubarak
Parit Buntar, 16 Julai;- Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Parit Buntar dengan kerjasama PAS Kawasan Parit Buntar telah berjaya mengadakan majlis sumbangan kepada masjid-masjid dan surau selitar parlimen Parit Buntar sempena menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak di Masjid Sungai Kota, Bagan Tiang.
Pengarah Program Ehya Ramadhan tahun 2012, Ahmad Azhar Hj Shahrin dalan ucapan aluannya mengucapkan terima kasih diatas kehadiran pegawai masjid dan surau.
Beliau menyatakan bahawa beberapa siri program yang telah diatur sepanjang bulan Ramadhan ini seperti sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, guru-guru al-Quran dan iftar perdana akan diadakan.
Untuk itu sumbangan dana Ramadhan amat diperlukan dan dialu-alukan dari orang ramai. Sebarang sumbangan bolehlah dibuat atas nama JAWATANKUASA DANA JPR PARIT BUNTAR -No. Akaun: 0801-0000839-71-1, Bank Muamalat Parit Buntar atau PAS Kawasan Parit Buntar No. Akaun 08022010016590, Bank Islam.Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi di talian 019-5779345 atau 017-5998069.
Majlis yang dihadiri oleh pegawai masjid dan surau itu menerima sumbangan yang disampaikan oleh YB Ustaz Dato Dr. Mujahid Yusof Rawa. Sebelum majlis tersebut, Dr. Mujahid telah memberi sedikit tazkirah kepada para hadirin.
Antara tazkirahnya, para pentadbir masjid dan surau hendaklah menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah. Segala yang dipertanggungjawabkan itu akan disoal oleh Allah di hari akhirat kelak. Oleh itu mereka sebagai pemimpin hendaklah takut hanya kepada Allah.
Tugas yang mulia menjaga dan mentadbir masjid dan surau itu dipandang tinggi oleh masyarakat kerana kerja-kerja yang dibuat inilah yang membawa kepada barakah di kawasan ini. Natijah hasil kerja ini adalah membawa manusia untuk mentaati perintah Allah dan takut kepada Allah.
Oleh itu pegawai masjid dan surau janganlah takut kepada manusia. Walaupun diberi ancaman atau ugutan dari mana-mana manusia, percayalah bahawa Allah lebih patut ditakuti lagi dari mereka itu.
Dalan suatu hadis disebutkan bahawa, 'tidak ada ketaatan kepada mahluk dengan membuat maksiat kepada khalik atau tuhan'.
Labels:
PAS Parit Buntar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA