Seramai
lebih 5,000 peserta Himpunan Oren berarak daripada pintu Masjid Wilayah
Persekutuan menuju ke Istana Negara petang ini bagi menyampaikan
memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Kumpulan berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub.
Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib.
Peserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia.
Kumpulan itu berarak melalui Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah dan seterusnya Jalan Dutamas 1.
Kumpulan berkenaan kemudiannya disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan di persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1.
Sekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 600 meter daripada Istana Negara, seperti yang dipersetujui dalam perbincangan penganjur dengan polis semalam.
Dalam ucapannya kepada peserta perhimpunan di lokasi tesebut, Mohamad Sabu berkata Yang di-Pertuan Agong boleh campurtangan dalam isu berkenaan berdasarkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan demi "mempertahankan kepentingan orang Melayu.""
Mazlan Aliman pula dalam ucapannya berkata pihaknya akan "melawan habis-habisan" walaupun FGVH telah disenaraikan ke Bursa Malaysia.
"Selagi BN tidak batalkan (penyenaraian) FGVH (Felda Global Ventures Holdings Berhad), kita tetap lawan habis-habisan," katanya.
Katanya, perjuangan itu masih belum berakhir dan barisan peguam ANAK juga akan mengemukakan saman ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini menyifatkan sekumpulan peneroka sebagai "haram jadah."
Lapan peneroka berkenaan yang disifatkan demikian oleh Najib, akan mengemukakan saman sebanyak RM80juta ke atas perdana menteri itu, katanya.
Selain itu, barisan peguam sedang membuat penelitian di peringkat akhir untuk menyaman Suruhanjaya Sekuriti kerana membenarkan penyenaraian dilakukan, tambah Mazlan.
Bahkan, katanya lagi, pencarum KWSP, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera turut akan mengambil tindakan yang sama selepas didakwanya dipaksa membeli saham untuk dilaburkan di FGVH.
Ketua penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya di situ pula turut mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletak jawatan kerana rakyat didakwa "hilang kepercayaan" kepadanya.
"Kita minta kerajaan beri perhatian kepada tuntutan rakyat. Dengar cakap rakyat atau kami tumbangkan kerajaan yang ada," katanya.
Beberapa pemimpin lain dalam kumpulan itu kemudiannya meneruskan ucapan kepada para peserta sementara lapan wakil berkenaan menaiki kenderaan yang diiringi polis ke kawasan Istana pada kira-kira jam 3 petang.
Lapan wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa memorandum bagi memohon Yang di-Pertuan Agong masuk campur dalam isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.
Bagaimanapun, hanya enam orang sahaja dibenarkan menyerahkan memorandum tersebut kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Khairi Abdul Rahman.
Wakil Himpunan Oren, yang diiringi kenderaan polis, kembali menyertai kumpulan besar yang disekat di persimpangan berkenaan kira-kira setengah jam kemudian selepas menyerahkan memorandum tersebut.
Mazlan dalam sidang medianya selepas itu antara lainnya mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis atas kerjasama yang diberikan kepada mereka dalam perhimpunan hari ini serta pihak Istana yang sudi menerima memorandum tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan dalam sidang medianya petang ini berkata, pasukan tersebut menganggarkan jumlah peserta hanyalah 1,000 hingga 2,000 orang.
Katanya, keseluruhan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman dan para peserta bersurai tepat jam 4 petang.
"Mereka berjalan dengan aman sepanjang perjalanan dan semasa tempoh berada di kawasan ini, peserta tidak menimbulkan sebarang kekacauan.
"Pihak polis berjaya mengawal selia himpunan ini untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku," katanya.
Memorandum garis tiga perkara
Ditanya berhubung terdapat peserta membawa kanak-kanak yang berumur bawah 15 tahun ke bawah seperti yang dilarang bawah Akta Perhimpunan Aman, Zakaria berkata: "Kita akan tengok... (Tindakan) kita akan tentukan kemudian," katanya.
Gerakan Selamatkan Felda yang menganjurkan perhimpunan hari ini menggariskan tiga perkara utama dalam memorandumnya kepada Yang di-Pertuan Agong:

- Felda Global Ventures Holdings (FGV) didakwa menyebabkan pemilikan dan penguasaan peneroka ke atas tanah Felda dan aset yang lain berpindah kepada pelabur bukan peneroka.
- Pemajakan tanah Felda kepada syarikat swasta didakwa menyalahi Akta Penempatan Berkelompok (Group Settlement Act) 1960
- Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad didakwa hilang integriti apabila dijatuhi hukuman bersalah oleh Lembaga Displin Umno kerana didakwa terlibat dengan rasuah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA