Selamat Datang

Ahad, 22 Julai 2012

Kuliah ILHAM Parit Buntar bermula...





Parit Buntar, 22 Julai;- ILHAM Perak Cawangan Parit Buntar telah memulakan kuliah pertamanya di Pejabat PAS, Taman Seri Tenggara bagi pengambilan pelajar ambilan kedua sesi 2012/2013. Pendaftaran kemasukan pelajar sesi ini telah dibuat jam 7.00 pagi tadi. Seramai 27 pelajar yang telah mendaftar untuk pengajian Diploma Tasawwur kali ini.

Subjek yang ditawarkan pada semester pertama terdiri daripada Pengantar Al-Quran, Aqidah Islamiyyah, politik Islam dan Sejarah Gerakan Islam. Diploma ini hanya menawarkan pengajian selama dua semester sahaja. Sebelum ini pengajian dijalankan selama tiga semester. Para lepasan diploma ini boleh melanjutkan pelajaran ke Diploma Lanjutan di ILHAM Pusat.




Pengambilan  pelajar kali ini  tidak ramai kerana masalah tempat yang tidak boleh menampung bilangan pelajar yang ramai. Oleh itu pengambilan kali ini dihadkan sehingga 35 orang sahaja.

 Pada ambilan pertama sesi tahun 2010/2011 lalu, seramai 38 orang telah berjaya menamatkan pengajian dan menerima Diploma mereka masing-masing. Konvokesyen yang diadakan pada awal tahun ini telah disempurnakan oleh  Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang KUIZM, Taman Melewar.

Sekiranya ada sesiapa yang ingin menyertainya, pendaftaran masih dibuka lagi sehingga 30 Julai 2012. Antara syarat-syarat kemasukan ialah menjadi ahli PAS.Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pn. Al di 019-4427927 atau Encik Azhari ditalian 012-4427853.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails