Selamat Datang

Jumaat, 27 Julai 2012

Bonus raya: Pemuda PAS Selangor ucap tahniah

Harakahdaily, 27 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri di atas kelulusan pemberian pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 kepada semua kakitangan awam Selangor  bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Selain itu, kerajaan negeri juga turut meluluskan bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku sebanyak RM200 kepada setiap kakitangan awam.


“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyifatkan tindakan kerajaan negeri Selangor mengutamakan kebajikan rakyat Selangor terutamanya bagi menghadapi hari lebaran adalah satu tindakan yang murni dan menunjukkan pengiktirafan kerajaan negeri di atas segala khidmat yang telah diberikan oleh seluruh kakitangan awam negeri Selangor,” kata Timbalan Ketuanya, Mohd Sany Hamzan (gambar).

Beliau berkata, pihaknya cukup yakin RM20 juta yang dibelanjakan untuk proses pemberian bonus itu adalah hasil daripada kecekapan dan kehebatan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor mengurus tadbir ekonomi negeri dengan baik berbanding semasa pemerintahan Umno dan Barisan Nasional dahulu.

“Inilah yang dikatakan kerajaan yang berkebajikan dan prihatin rakyat, punyai sumber kewangan yang kukuh dan mampu untuk membantu rakyat berbeza dengan kerajaan Umno dan Barisan Nasional di peringkat pusat yang suka membuat janji manis dan pengumuman yang nampak menarik tetapi penuh dengan kepalsuan dan akhirnya akan menambah koleksi hutang negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, ujarnya turut mengucapkan tahniah kepada seluruh kakitangan awam negeri yang telah memberikan khidmat yang cemerlang untuk mempastikan pengurusan dan pentadbiran kerajaan negeri menjadi bertambah baik dan berkualiti.

“Semoga dengan pemberian bonus ini sedikit sebanyak akan menceriakan sambutan hari lebaran seluruh kakitangan awam negeri Selangor,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails