Selamat Datang

Sabtu, 14 Julai 2012

Alam Ria PASTI kawasan Parit Buntar meriah...




Parit Buntar, 14 Julai;- Program Alam ria PASTI Kawasan Parit Buntar berjalan dengan meriah dengan dihadiri oleh ibubapa dan keluarga serta guru-guru PASTI. Sebanyak sembilan unit PASTI telah mengambil bahagian dalam acara-acara yang dipertandingkan seperti pertandingan azan, hafazan, sajak, bercerita dan nasyid.

PASTI Al-Mustaqim telah menjadi Johan keseluruhan dalam program Alam Ria kali ini dengan mengondol Johan bagi acara Nasyid, Hafazan dan Azan. Ibu bapa dan hadirin terhibur melihat bakat-bakat anak kecil seusia empat,lima dan enam tahun yang terlibat dalam acara-acara tersebut.


Program ini telah dirasmikan dalam upacara penutup oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Parit Buntar, Saudara Ahmad Azhar Hj Shahrin. Turut hadir di majlis tersebut ialah AJK PAS Kawasan, AJK Dewan Pemuda dan Muslimat kawasan Parit Buntar.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails