Selamat Datang

Ahad, 15 Julai 2012

HalWa Parit Buntar sudah bersedia hadapi Pilihanraya





Parit Buntar, 15 Julai;- Para petugas HalWa JPRK Parit Buntar sudah bersedia untuk menghadapi PRU ke 13 pada bila-bila masa sahaja. Kursus yang dijalankan selama sehari suntuk bagi memantapkan lagi gerakkerja petugas pilihanraya telah berjalan dengan lancar di sebuah resort dekat sini.

Lebih 60 orang petugas HalWa yang akan bekerja pada hari pilihanraya selesai menjalani kursus yang memfokuskan tugas-tugas tertentu pada hari tersebut. Semangat yang berkobar-kobar yang ditunjukkan oleh para peserta  semasa taklimat dibuat amat menyakinkan untuk menuju ke Putrajaya.

Diantara slot yang disampaikankan dalam kursus ini termasuklah motivasi, merayu undi, petugas paca dan sebagainya.

Diakhir kursus tersebut, satu  ikrar telah dilafazkan oleh semua peserta untuk memberi sepenuh tenaga dan harta bagi mengekalkan kemenangan. Majlis dirasmikan penutupnya oleh Saudara Khairulzami Md Zin, Pengarah JPRK PAS Parit Buntar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails