Selamat Datang

Ahad, 15 Julai 2012

1,000 motosikal berarak ke Himpunan Hijau Selangor



Harakahdaily, 15 Jul 2012

(Kira 1,000 menyertai konvoi bermotor ke Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR: Kira-kira 1,000 motorsikal membuat perarakan menuju Stadium Kuala Selangor hari ini bagi menyertai Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor.

Perarakan yang sepatutnya disertai oleh 20 buah motosikal bagi setiap kawasan PAS di Selangor itu bertukar menjadi perarakan yang besar kerana penyertaan anak muda bermotor yang memberangsangkan.

(Solat Zohor di R & R Kuang sebelum memulakan perrarakan)


Mereka bermula dari kawasan masing-masing dan menuju ke Masjid An-Naim, Jeram sebelum berarak ke Stadium Kuala Selangor yang menjadi tempat perhimpunan.


Lebih 500 buah motosikal dan 30 buah kereta berkumpul di R & R Kuang, Lebuhraya Lekas sebelum berarak ke masjid An-Naim.

Di sini, Yang Dipertua PAS Gombak, Ustaz Salahudin Nasir turut menyertainya dengan menunggang motosikalnya di samping pimpinan PAS kawasan Gombak, Selayang dan kawasan sekitar.

Mereka mula bertolak ke Jeram kira-kira jam 3 petang dan berkumpul di Masjid An Naim kira-kira 20 minit kemudian.

Di Masjid An-Naim, semua peserta diberikan taklimat khas oleh ketua perhimpunan ini di samping berdoa agar konvoi ini berjalan dengan selamat.

Yang menariknya, mereka mendapat kerjasama penuh dari polis Kuala Selangor yang sedia menutup jalan khasnya simpang lampu isyarat untuk membolehkan konvoi ini berjalan dengan selamat ke stadium Kuala Selangor.


(Berkumpul di hentian R & R Kuang sebelum ke Jeram)


(Membaca doa wehdah sebelum memulakan perarakan di Masjid An-Naim, Jeram)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails