KUALA LUMPUR, 8 Jan:
Pengiring peribadi Anwar Ibrahim, Fayyad Al-Bakri yang mengalami
kecederaan retak tulang pipi kerana terkena kelongsong gas pemedih mata
pada himpunan Bersih 2.0 tahun lalu menerima kecelakaan malam tadi.
Blog pulakdah menyebut, Fayyad telah mengiringi Dr Wan
Azizah di dalam program pelancaran LANG-GAR 901 yang diadakan pada
malam 7 Januari di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Bukit Mertajam.
Menurut Dr. Wan Azizah, Fayyad telah berjalan di hadpan sewaktu
mengiringnya meredah di dalam kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di
Kg. Cherok Tokkun. Ketika itulah Fayyad telah diserang menerusi
suntikan di tapak tangan kiri.
(Gambar: Keadaan Fayyad yang sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dan sudah sedarkan diri.)
Berikut adalah tulisan di laman http://pulakdah.blogspot.com.
Jika sebelum ini kita mendengar pengiring peribadi Anwar Ibrahim,
Fayyad Al-Bakri mengalami kecederaan retak tulang pipi kerana terkena
kelongsong gas pemedih mata yang diarahkan ke mata Anwar Ibrahim. Malam
semalam satu lagi kecelakaan menimpa Fayyad. Fayyad telah
mengiringi Dr Wan Azizah di dalam program pelancaran LANG-GAR 901 yang
diadakan pada malam 7/1/2012 di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Bukit
Mertajam. Dr Wan Azizah yang menghadiri pelancaran itu sebagai mewakili
Anwar Ibrahim, Seniman Negara, A. Samad Said yang mewakili golongan
seniman dan Hishamudin Rais mewakili Reformis & Blogger.
Kempen yang diketuai oleh Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP)
ini menggabungkan beberapa NGO seperti SAMM, Jingga 13, SMM, A.B.U,
Lantang juga para Bloggers, Dewan Pemuda PAS & DAPSY.
Tujuan LANG-GAR 901 dilancarkan adalah utk memberi peringatan kepada
pihak kerajaan yg semenjak dari tahun 1998 telah terlalu banyak
MELANGGAR peraturan dan norma perundangan dalam kes Liwat versi 1998.
Kini dalam kes Liwat 2, kerajaan dilihat cenderung MELANGGAR peraturan
dan norma kebiasaan perundangan. LANG-GAR 901 akan menggembleng tenaga
pelbagai khalayak masyarakat, khususnya anak muda yang beridealisme
untuk juga MELANGGAR norma peraturan sebagaimana kebiasaan dilakukan
kerajaan selama ini.
Namun LANG-GAR 901 adalah berorientasikan keamanan dalam perjuangan menegakkan KEADILAN.
Menurut Dr. Wan Azizah, Fayyad telah berjalan di hadpan sewaktu
mengiringnya meredah di dalam kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di
Kg. Cherok Tokkun. Ketika itulah Fayyad telah diserang menerusi
suntikan di tapak tangan kiri.
Persoalannya sekarang kepada siapakah sasaran sebenar serangan itu?.
Adakah ia ditujukan kepada Dr Wan Azizah. Kesan daripada serangan itu,
Fayyad telah tidak sedarkan diri dan degupan jantungnya terhenti
seketika. Bagaimanapun, selepas mendapat rawatan di Hospital
Seberang Jaya, Pulau Pinang, keadaan beliau semakin stabil dan telah
sedarkan diri.
Namun bahagian tangan kirinya sehingga bahu masih kebas dan gagal
digerakkan. Doktor juga sedang menjalankan ujian darah dan air kencing
untuk mengenal pasti jenis racun tersebut. Satu laporan polis
juga telah dibuat oleh Norul, pegawal peribadi Dr Wan Azizah di Balai
Polis Seberang Jaya berkenaan serangan terhadap Fayyad.
Sama-sama kita berdoa semoga Fayyad pulih sepenuhnya dan dilindungi dari sebarang komplikasi serius akibat serangan tersebut. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA