Selamat Datang

Isnin, 2 Januari 2012

Fakta Sebenar Tentang Isu Surau Salihiah Kancut


Click to view full size image ============== Madrasah Salahiah
ZULKIFLI YAHAYA
Isu Madrasah Salihiah, yang terletak di Bandaraya Alor Setar yang mahu diroboh untuk pembangunan menyeluruh kompleks Aman Central belum lagi selesai malah bertambah rancak dimainkan oleh pihak tertentu. Apabila ramai yang tidak faham isu sebenar dibiarkan membuat ulasan dalam media-media talibarut BN, maka ia menjadi makin bercelaru.

Seperti biasa media BN lebih gemar membuat laporan propaganda dari melaporkan sebuah berita yang beretika dan adil.

Mereka hanya melapor madrasah itu akan dirobohkan untuk dibuat kompleks perniagaan tetapi tidak melaporkan tentang surau baru lebih besar yang akan dibina di tempat tersebut di samping pampasan RM1.48 juta untuk membina wakaf baharu di tempat lain yang lebih besar manfaatnya. Ertinya roboh satu surau dapat dua surau yang lebih besar.

Media BN melaporkan seolah-olah seluruh bangunan yang dinamakan Madrasah Salihiah itu adalah surau atau ‘rumah Allah’ walhal sebahagian besar bangunan itu digunakan sebagai ruang pejabat sebuah syarikat insuran. Hanya satu ruang diguna untuk surau, seperti wujudnya surau di mana-mana bangunan yang lain.

Media BN memberitahu, bangunan itu mempunyai nilai sejarah kerana berusia 100 tahun tetapi surau yang kononnya berusia 100 tahun itu telah dirobohkan di zaman BN memerintah Kedah.
Media BN menceritakan seolah-olah keputusan merobohkan madrasah hanya berdasarkan ‘fatwa’ yang dibuat oleh Menteri Besar seorang. Mereka menggelapkan sama sekali peranan besar Mufti dan Majlis Fatwa Negeri Kedah yang bermuzakarah secara mendalam sebelum memutuskan keharusan madrasah dirobohkan. Perangai hodoh media BN tidak pernah berubah dalam kerja menggelapkan berita serta melaporkan sesuatu perkara secara tidak adil.

Banyak sudah mulut yang ‘terkunci’ apabila didedahkan siapa ahli Majlis Fatwa membuat keputusan membenarkan perobohan bangunan madrasah yang kini menjadi pejabat sebuah syarikat insuran itu.


Mereka adalah Dato’ Sheikh Baderuddin Haji Ahmad (Mufti yang juga Pengerusi), Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Ain As-Syam, Mesir), Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah), Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman), Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof (Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir (Diploma Pendidikan), Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah BA Syariah Dan Undang-undang) Jayyid (Diploma Pendidikan), Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar (Universiti Ein Syams, Mesir (Diploma Pendidikan) Universiti Al-Malik Saud, Riyadh, Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Pendidikan (M.Ed)), Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (Universiti Al-Azhar Mesir, Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Jurusan Syariah Politik Islam/Ekonomi Islam, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin, Universiti Al-Azhar Mesir - Ijazah Sarjana Muda (Syariah), Universiti Malaya - Ijazah Sarjana (Syariah) Fiqh dan Usul Fiqh dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim (Universiti Al-Azhar Mesir - Sarjana Muda (BA) Syariah). Kehebatan ilmu mereka dalam membuat keputusan berkaitan kepentingan Islam tidak boleh dipertikaikan.

Mereka bukan ulamak yang ada kepentingan politik. Mereka bernaung di bawah Tuanku Sultan yang kini adalah Yang DiPertuan Agong dan bukannya lantikan oleh Menteri Besar justeru mereka langsung tidak terikat untuk membuat keputusan ‘mengikut kehendak’ kerajaan yang memerintah.
Setelah ‘kalah’ dalam semua isu berhubung Madrasah Salihiah Kanchut ini, pendekatan terbaru yang digunakan mereka ialah bermunajat memohon ke hadrat Allah agar melembutkan hati Menteri Besar. Sungguh kelakar, pihak yang sepanjang sejarah menghentam PAS kerana melakukan pelbagai solat hajat sambil menyifatkan apa yang dibuat PAS sebagai ‘munajat politik’ kini memilih munajat sebagai propaganda politik mereka.

“Lakukanlah sedikit pengubahsuaian dalam pelan agar madrasah tersebut dalam dikekalkan, mengapa Menteri Besar angkuh sangat.” Itu komen yang dibuat oleh pemimpin Umno, seolah-olah ikhlas sangat nak pertahankan harta wakaf.

Memang sejak awal kerajaan negeri dan pemaju telah memikirkan dengan serius untuk mengelakkan bangunan dan tanah wakaf itu terbabit. Kerajaan pun sedar akan muncul golongan yang akan memanipulasinya. Soalnya jika madrasah itu dibiarkan kekal di situ ia akan terpencil di celah tiga bangunan utama lima tingkat di kelilingnya. Ia nampak terpinggir, tercorot dan 'kalah' di tengah2 arus pembangunan. Cadangan membina surau baru di bangunan utama kompleks yang dirancang adalah untuk menonjolkan lagi surau sebagai lambang syiar Islam. Ada kubah, ada azan, boleh akses dari luar 24 jam. Biar kompleks perniagaan itu sendiri ada syiar Islam. Masalahnya sukar untuk memperihalkan wawasan besar terhadap golongan yang terlalu sempit dan negatif pemikirannya seperti pembangkang di Kedah.

Akhirnya, isu perkauman pun muncul. Kononnya projek Aman Central hanya menaikkan ekonomi orang bukan Melayu. Aman Central adalah usahasama antara PKNK dan pemaju bukan Bumiputera. PKNK adalah milik kerajaan negeri justeru tidak semuanya kafir. Ia akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan rakyat Kedah (peluang pekerjaan) yang majoritinya terdiri dari orang Islam. Realiti dunia hari ini, akibat kelemahan orang Islam, tidak ada satu aspek yang umat Islam dapat membangunkan iktisad sendiri tanpa orang bukan Islam. Kita tidak boleh bersikap ‘biar orang Islam mundur asal bukan Islam jangan kaya.’ Jika begitu, orang Islam tidak boleh pergi menunaikan haji untuk elak orang kafir yang buat kapal terbang dapat untung.

“50 tahun BN perintah Kedah, tidak pernah terdengar ‘rumah Allah’ diruntuh untuk sebuah kompleks perniagaan,” muncul lagi ayat ‘panas’ dari mulut pembangkang. Betulkah begitu? Sebenarnya pembangkang di negeri ini juga adalah dari kalangan Melayu mudah lupa.

Di zaman BN, Masjid Alor Malai, Jalan Langgar pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh Kompleks Al-Bukhari yang juga dibangunkan kompleks perniagaan di situ (antaranya Pasaraya Giant). Sebuah masjid baru dibina, bukan di atas tapak masjid lama tetapi dilokasi lain menggunakan kaedah Istibdal, sama seperti kaedah yang digunakan terhadap tanah wakaf Madrasah Salihiah. Ia tidak menjadi isu kerana pihak pembangkang pada masa itu (PAS) tahu hukum hakam, menghormati institusi ulamak dan tidak membantah membuta tuli. Sekarang isu Salihiah menjadi ‘panas’ kerana pihak pembangkang kini merasa ‘terlebih pandai’ dari para ulamak yang ada dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails