| Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 1 Jan: Kesemua mahasiswa yang terlibat
dalam Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti
Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dibebaskan petang ini. 17 mahasiswa ini ditahan kira-kira jam 4 pagi tadi dan dibawa ke balai polis Tanjung Malim untuk disoal siasat, sebelum dibawa ke balai polis Slim River. Mereka dibantu oleh peguam daripada Lawyer of Liberty (ILF). Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan. Mereka ditahan secara kasar oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi. Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA