KUALA LUMPUR, 1 Jan: Gandingan
dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz
Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak
berjaya menarik kehadiran kira-kira 80, 000 orang ke Program Countdown
2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, malam tadi.
Difahamkan,
jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke
program "Karnival Sayangi Selangor" dan sambutan malam tahun baru
anjuran kerajaan BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja,
meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin.
Tinjauan rawak ke laman-laman blog bukan
politik hari ini juga mendapati rata-rata penulis mengulas mengenai
kemeriahan program malam tadi serta memuat naik gambar-gambar dan video
sekitar program.
Antara yang diulas adalah mengenai keserasian
Ustaz Azhar dan Zizan sewaktu forum soal jawab agama berlangsung dan
petikan gitar oleh Ustaz Azhar sendiri.
Kemeriahan
program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan
Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze yang sudah melakukan
penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara
program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta
selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.
Rata-rata mereka juga
mengharapkan program seperti ini yang menampilkan hiburan mendidik jiwa
diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga negeri-negeri lain.
Ini
membuktikan rakyat malaysia khususnya anak muda mula meminati
program-program mendidik apatah lagi jika ianya ditampilkan "kena dengan
caranya".
Antara pimpinan Pakatan Rakyat Selangor yang hadir
malam tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Halimah Ali, Haniza Talha dan
Yaakob Safari serta Pesuruhjaya PAS Shah Alam, Khalid Samad. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA