KUALA LUMPUR, 2 Jan: Mahasiswa akan memilih kerajaan baru dalam pilihan raya umu ke-13 nanti, justeru Umno BN mesti berundur.
Demikian
ditegaskan Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gabungan Mahasiswa
Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor.
Beliau
menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan polis terhadap para
mahasiswa yang berhimpun di Universiti Perguruan Sultan Idris, awal
pagi semalam.
“Mahasiswa mahukan perubahan, kali ini mahasiswa dan anak muda akan membuat pilihan yang tepat.
“Kami
akan memilih kerajaan baru dalam pilihan raya akan datang. Umno BN
mesti berundur, mereka sudah tidak layak lagi mentadbir Malaysia dengan
prestasi yang sangat buruk,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Mengenai
insiden yang berlaku itu, beliau berkata, Ketua Polis Perak, Datuk
Shukri Dahlan mesti bertanggungjawab dengan insiden yang berlaku itu.
Justeru,
katanya mahasiswa desak agar Ketua Polis Perak itu membuat siasatan dan
mengambil tindakan terhadap anggota beliau yang memukul dan menerajang
peserta demonstrasi.
Katanya,
Shukri tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan nafi berhubung dengan
kejadian yang berlaku, yang menjelaskan lagi sifat tidak profesional
pihak PDRM bekerja.
Menurutnya,
mahasiswa bukan golongan penjenayah, mahasiswa hadir hanya berbekalkan
suara dan kain rentang, pihak polis tidak wajar membuat kekerasan
sedemikian
Selain
itu juga, ujarnya mahasiswa mendesak agar Ketua Polis Negara, Tan Sri
Ismail Omar dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Timbalan
Presiden Gamis merangkap Pengerusi Bebas khususnya dan juga seluruh
mahasiswa Malaysia umumnya atas kekasaran anggota polis itu.
“
Amaran keras kepada pentadbiran Malaysia, bahawa kecaman dan kekerasan
yang dibuat oleh pihak polis tidak lagi menjadi halangan bagi seluruh
mahasiswa bahkan ia menambahkan lagi semangat kami untuk terus bersatu
dalam membebaskan mahasiswa daripada belenggu kezaliman,” tegasnya.
Beliau
menambah, perjuangan mahasiswa menuntut kebebasan akademik juga akan
terus membara di seluruh pelosok negara dan tidak sekali-kali akan
terhenti.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA