Dr. Rosli bin Yaakop,
|
14 Feb 2012
|
Akhbar media baru,
http://www.malaysiakini.com (Isnin, 13
Feberuari 2012) melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Ahmad Maslan telah mengumumkan penubuhan sebuah syarikat
pengurusan harta, Felda Asset Holding Company (FAHC) yang bakal memiliki
37% kepentingan dalam FGVHB bagi pihak Koperasi Pelaburan Felda (KPF).
Kalaulah ini benar, maka KPF akan kehilangan kuasa pengurusan dan
pengawalan ke atas hartanya sendiri. Bagaimana?
Ahli lembaga
pengarah FAHC – tidak dinyatakan bilangannya – bakal terdiri daripada
wakil Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Felda, FGVHB dan
KPF. Jelas, ini bertujuan menurunkan wakil KPF di dalam lembaga pengarah
FAHC kepada suara miniroti, sekaligus melemahkan kuasa KPF di dalam
proses pembuatan keputusan dan penguasaan di dalam FAHC. Juga,
dilaporkan lembaga pengarah FAHC akan bertanggungjawab terus kepada
Perdana Menteri.
Ini satu lagi tindakan yang menjurus kepada
melemahkan kuasa KPF di dalam FAHC. Bukankah kesan dari mekanisma ini
menyebabkan KPF kehilangan kuasa pembuatan keputusan dan pengawalan ke
atas hartanya sendiri?