Ahmad Danial, | 13 Feb 2012 |
BUKIT KATIL, 13 Feb:
Beberapa orang warga pendidik sekitar Parlimen Bukit Katil kesal dengan
sikap Kerajaan Negeri Melaka yang menggunakan kuasa politik untuk
mewajibkan guru-guru dan murid-murid hadir pada Karnival Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) Parlimen Bukit Katil yang berlangsung di Dewan Tun
Ali Bukit Katil, Sabtu lalu.
Lebih malang lagi Jabatan Pelajaran Negeri Melaka juga dilibatkan untuk menjayakan program tersebut.
Walaupun program itu dilihat sebagai anjuran Jabatan Pelajaran dan Kerajaan Negeri tetapi jelas ianya dipolitikkan di mana bendera Barisan Nasional diletakkan di segenap penjuru tapak program.
Surat jemputan program tersebut ditandatangani sendiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Muhammad Yusoff Osman.
Seorang guru yang hanya mahu dikenali sebagai Aini Othman, 42, dari Ayer Molek berkata ada sekolah yang sepatutnya menggantikan cuti pada hari Sabtu itu terpaksa menangguhkannya semata-mata kerana karnival tersebut.
"Semua guru wajib hadir ada surat lain yang mewajibkan guru hadir yang dihantar oleh JPN.
Rakan beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Azani Basir, 36, berkata sekolah diwajibkan menghantar guru untuk bertanding antaranya pertandingan koir termasuk sekolah agama.
"Sekolah-sekolah wajib menghantar penyertaan, kalau tidak guru yang tak datang dikenakan surat tunjuk sebab.
"Bayangkan sekolah-sekolah parlimen Bukit Katil ada lebih kurang 35 buah sekolah, mereka akan dapat berapa sumbangan dari PIBG, duit itu pula siapa yang dapat," tambah Azani yang tinggal di Ayer Molek.
Sementara itu bekas pendidik, Yusof Wahab, 56, berkata tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka yang membiarkan jabatan itu dipolitikkan amat dikesali.
"Guru dan pelajar-pelajar dipaksa untuk hadir program tersebut dan mereka menggunakan program ini untuk berkempen di mana bendera-bendera BN penuh digantung dalam kawasan karnival.
"Nampak jelas BN Melaka amat terdesak sehingga terpaksa menggunakan JPN untuk memastikan guru-guru dan ibu bapa hadir untuk mendengar ucapan pemimpin BN," katanya.
Antara pemimpin BN yang hadir selain Mohd Ali ialah Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Md Sirat Abu; Ahli Dewan Undangan Ayer Molek, Datuk Md Yunos Hussin; Speaker Dun Melaka, Datuk Othman Mohamed.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA