Selamat Datang

Sabtu, 11 Februari 2012

Teras gesa keluar fatwa Najib hadiri Thaipusam

Harakahdaily, 11 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 11 Feb: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) amat kesal untuk kesekian kalinya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak mempedulikan nasihat dan teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai kehadiran dalam ucapara peribadatan Thaipusam baru-baru ini.

“Apakah PM merasa bahawa tidak perlu dipedulikan semada tingkahlakunya bercanggah dengan agama Islam atau tidak?

“Apakah teguran Mufti itu tidak dianggap perlu untuk beliau hormati?” tanya presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Teras, katanya mengambil perhatian berat apabila tahun sebelum ini Najib sekali lagi menunjukkan sikap tidak peduli terhadap ingatan Mufti Perak.

Menurutnya, pada tahun itu disaksikan gambar PM didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves.


“Bukan sahaja ini merupakan persoalan yang akan memberi natijah tidak sihat kepada masyarakat Islam, malah di kacamata anak-anak muda juga menunjukkan PM sudah menerima agama boleh digadaikan hanya untuk mendapat sokongan politik.

“Teras menegaskan agar PM tidak mengambil sikap berdegil kepada teguran Mufti kerana ini akan disahkan oleh rakyat sebagai PM yang sudah mengamalkan pemikiran plural-liberal dalam kefahamannya terhadap agama,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, menghadhirkan diri dalam upacara khusus keagamaan bukan Islam adalah suatu yang tidak diterima dalam Islam malah diingatkan agar umat Islam menjauhinya kerana ia boleh dilihat sebagai memperakui agama tersebut sama dengan agama Islam.

Padahal, ujarnya Islam sangat jelas dalam hal ini yang dianggap prinsip aqidah yang tidak boleh dikompromi.

“Kami menegaskan agar pihak Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa terhadap hal ini agar umat Islam khususnya dan rakyat amnya tidak akan keliru demi menjaga kemuliaan Islam dan aqidah umat,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails