Selamat Datang

Rabu, 29 Februari 2012

Jabatan Pelajaran arah guru sertai ceramah Hasan Ali

Khairul Azlam Mohamad, 29 Feb 2012
KUALA TERENGGANU, 29 Feb: Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Terengganu diarahkan pihak tertentu memaklumkan kepada semua pengetua dan guru besar sekolah agar menghantar sekurang-kurangnya 10 orang guru setiap sekolah menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Selamatkan Akidah.

(Surat arahan rasmi daripada JPN Terengganu kepada Pengetua dan Guru Besar agar menghantar 10 orang guru bagi setiap sekolah menyertai Himpunan Sejuta Umat di Stadium Negeri Terengganu pada 25 Februari lalu.)

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Zakariah Ali bagi pihak Pengarah JPN negeri serta disalinkan kepada Timbalan Pengarah Pelajaran pada tarikh 19 Februari lalu.


Program tersebut diadakan pada 25 Februari 2012 di Stadium Negeri, Batu Burok, Kuala Terengganu dengan ucaptamanya oleh bekas ahli PAS yang dipecat, Datuk Dr Hasan Ali.

Harakah dimaklumkan, sebanyak 12 buah sekolah menengah dan 16 buah sekolah rendah di sekitar daerah Kuala Terengganu terlibat dengan program tersebut.

Seorang guru dari sebuah sekolah menengah Guru diarah sertai Himpun yang enggan disebut namanya berkata arahan kepada guru-guru agar menyertai program Himpun diterima beberapa hari lalu.

Katanya, arahan tersebut mengkehendaki agar Pengetua dan Guru Besar mempastikan kehadiran
guru-guru berkenaan ke majlis Himpun Sejuta Umat di Stadium negeri Terengganu.

“Saya akan pergi program ini tetapi harap bukan jadi program politik Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menghentam pihak lain seperti PAS dan Pakatan Rakyat.

“Sebab, ini menampilkan penceramah politik yang telah dipecat oleh sebuah parti politik tanah air ini,” ujarnya ketika ditemui Harakah.

Rakannya, juga seorang guru di sekolah rendah yang enggan disebut nama menyokong pandangan agar program Himpun tidak dijadikan medan politik pihak tertentu.

Bahkan, katanya penganjur perlu mempastikan agar tidak berlaku cetusan isu perkauman bagi menakutkan orang bukan Islam.

“Kita tidak mahu program Himpun yang mengerahkan guru-guru dan jabatan-jabatan lain ini menjadi pentas politik pihak tertentu untuk menghentam pihak tidak sehaluan dengan kerajaan.

“Kita tidak mahu Himpun jadi seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang bersifat rasis dan perkauman,” tegasnya yang turut menerima arahan ke program Himpun.

Menurut beliau, jika tidak mendapat arahan dan secara sukarela sudah pasti program anjuran Himpun kurang mendapat sambutan rakyat kerana ianya mempunyai agenda pihak tertentu.

Harakah difahamkan, semua banting dan banner Himpun diberikan ‘keistimewaan’ tidak dikenakan pelekat atau permit lesen oleh pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails