Selamat Datang

Rabu, 10 Mac 2010

Perkara Yang membatalkan Syahadahtain

5. Menumpukan segala ketaatan kepada selain daripada Allah dengan cara yang tidak disukainya.

Lantaran pengertian ' Tidak ada yang dipatuhi selain dari Allah', maka taat yang disukai atau diiginkan oleh Allah supaya kita lakukan ialah taat kepada Rasulnya kerana dengan sendirinya apabila seseorang mentaati Rasul bererti mentaatinya sebagaimana firmannya yang bermaksud 'Sesiapa yang mentaati Rasul, maka Allah akuinya sebagai mentaatinya'.

Taat kepada pemimpin atau kerajaan adalah selagi mereka itu menjalani Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya. Apabila mereka terpesung maka tidak lagi boleh diikuti kerana mengikut pemimpin yang terpesung daripada Al-kitab dan Assunnah adalah maksiat (durhaka kepada Allah) samada pemimpin atau pemerintah itu terdiri daripada alim ulama.

Ini berdasarkan fiman Allah yang bermaksud

' Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rsul dan Ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah(Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian (An-Nisaa': 59).

Taat kepada pemerintah ia disyaratkan ia hendaklah dari golongan orang-orang yang beriman dan orang yang kembali kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul ketika berselisih pendapat. Dalam hadis ada menerangkan bagaimana ketaatan yang perlu dilakukan seperti yang berikut yang maksudnya ' Tidak boleh taat kepada makhluk dalam perkara yang mendurhakai (maksiat) kepada Penjadi makhluk (Tuhan).' dan dalam hadis yang lain bermaksud 'Sesungguhnya taat itu ialah dalam perkara maaruf ( yang tidak bercanggah dengan syarak)'.

Didalam menumpukan ketaatan hendaklah semata-mata kerana Allah sahaja. Janganlah kerana lain seperti kepentingan diri, dorongan syaitan, sifat-sifat kekafiran, kesesatan, bidaah, fasik, melampau, kelalaian, keturunan atau kempen-kempen ke jalan thagut. Sesiapa yang mencurahkan taat setia mereka kepada golongan seperti di atas maka kafirlah ia.

Firman Allah yang bermaksud

' Sesungguhnya orang-orang yang kembali kebelakang (kepada kekafiran) sesudah petunjuk itu jelas bagi mereka, syaitan telah menjadikan mereka mudah (berbuat dosa) dan memanjangkan anagan-angan. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka (orang-orang munafiq) itu berkata kepada orang-orang yang dibenci kepada apa yang diturunkan Allah (orang-orang Yahudi): kami akan mematuhi dalam beberapa urusan sedang Allah mengetahui rahsia mereka.' (Muhammad:25-26)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails