Selamat Datang

Ahad, 17 April 2011

Hj Harun kekal sebagai YDP Parit Buntar.

Parit Buntar - 16 April;
Mesyuarat agung PAS Kawasan Parit Buntar telah selesai diadakan. Dalam mesyuarat itu pemilihan Jawatakuasa kerja PAS Kawasan berlaku pada peringkat Ahli Jawatankuasa sahaja. Bagi jawatan-jawatan lain telah dimenangi tanpa bertanding. Haji Harun bin Haji Hashim kekal sebagai Yang Dipertua PAS kawasan apabila telah menang tanpa bertanding.

Begitu juga jawatan Timbalan Yang DiPertua Kawasan telah dimenangi tanpa bertanding oleh penyandangnya Encik Baharin bin Mat Desa. Jawatan Naib Yang Dipertua dan Ketua urusan Ulamak juga dimenangi tanpa bertanding oleh Encik Ahmad Azhar bin Haji Shahrin dan Ustaz Muhammad bin Yaakob.

Manakala untuk ahli jawatankuasa, seramai dua puluh orang telah dicalonkan untuk bertanding. Setelah pengundian dibuat untuk memilih seramai enam belas orang sahaja, kebanyakkan pemenangnya adalah ahli jawatankuasa yang lalu.

Berikut enam belas ahli jawatankuasa yang telah dipilih iaitu En. Fakrurazi bin Hj Khalid, En. Hamdan Fadel bin Ahmad, Hj Tyandareus bin Hj Awang, Dr. Abdul Rahman bin Abu Bakar, Hj Ibrahim bin Hj Dahalan, En.Hairulnizam bin Ishak,Pn. Norijan binti Omar, En.Khairuzami bin Md Zin, En. Azhari bin Hadi, Ustaz Khori bin Yunus, En.Hosni bin Mokhtar,En. Abdul Halim bin Yahaya, En. Adnan bin Abdul Rahman,Hj Muhammad bin Abdullah, Hj Redhuan bin Hj Maharane dan Pn Hjh Salmiah bt Muhammad.

Jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap juga telah dimenangi tanpa bertanding oleh Hj Abdul Rahman bin Abdul Wahab dan Ustaz Hj Osman bin Idris. Dua orang pemeriksa kira-kira telah dimenangi tanpa bertanding oleh En. Ismail bin Abdullah dan En. Nasharudin bin Rasid.

Suasana mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan baik. Setiap pertanyaan dan penjelasan dari perwakilan telah dijawab dengan baik oleh pimpinan kawasan. Perbahasan usul juga dijalankan dengan baik. Mesyuarat yang bermula dari pukul sembilan itu berakhir pada pukul satu tiga puluh tengahari dengan ucapan penangguhan oleh Yang Dipertua Kawasan Hj Harun bin Hj Hashim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails