Selamat Datang

Ahad, 24 April 2011

Haji Muhammad Sabu terus dapat pencalonan


http://3.bp.blogspot.com/-5C_Ws6kbvlk/TbExO1Y3ojI/AAAAAAAADvM/84yRtr5c1VE/s1600/mat-sabu_Timb.jpgPARIT BUNTAR, 22 April : AJK PAS Pusat Haji Muhammad Sabu terus mendapat pencalonan sebagai Timbalan Presiden daripada PAS Kawasan yang telah mengadakan mesyuarat agung. Terbaru, PAS Parit Buntar yang mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja pertamanya telah mencalonkan Tuan Haji Muhammad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS dan mengekalkan Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang sebagai Presiden

Sementara bagi jawatan Naib Presiden, Haji Salehudin Ayub, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato' Ir Amiruddin Hamzah telah dicalonkan oleh PAS Parit Buntar.

Mesyuarat jawatankuasa kerja PAS Parit Buntar ini juga telah memutuskan perlantikan kepimpinan PAS Parit Buntar untuk sesi 2011 - 2013.

En. Azhari Hadi dikekalkan sebagai Setiausaha PAS Parit Buntar, manakala Sdr. Ridhuan Osman, Sdr. Hairul Nizam Ishak dan Puan Izan Aqilah Muhammad telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha.

Tuan Haji Tyndareus Haji Awang juga dikekalkan sebagai Bendahari PAS Parit Buntar, En. Fakhrurazi Haji Khalid kekal sebagai Ketua Penerangan manakala bekas Ketua Pemuda PAS Parit Buntar Sdr. Khairulzami Muhammad dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya.

Seramai lapan AJK tambahan telah dilantik iaitu En. Said Jaafar, Haji Bahtiar Arshad, En. Idris Budin, Ust. Ahmad Ismail, Sdr. Noraidi Mat Isa, Sdr. Ridhuan Osman , Puan Izan Aqilah Muhammad dan Ust. Haji Shafie Ismail.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails