SEKALIAN penyokong reformasi dan transformasi Suruhanjaya Pilihan Raya
boleh terhibur atas kenyataan mantan Penegerusi SPR, Tan Sri Abdul
Rashid Abdul Rahman tentang ketawanya dengan hasrat SPR bagi merojokkan
penggunaan dakwat kekal kepada Majlis Fatwa.
Dia ketawa atas hasrat terbaru SPR itu mungkin justeru itu ia satu
lawak jenaka yang menggelikan, tetapi ketawanya itu boleh memberi
menghiburkan sedikit hati pejuang reformasi dan transformasi SPR
seperti yang dituntut oleh Bersih 2.0 yang dipengerusikan oleh Dato
Ambiga.
Salah satu dari tuntutan Bersih 2.0 ialah penggunaan dakwat kekal di
jari pengundi yang sudah mengambil kertas undi seperti yang digunakan
oleh banyak negara did dunia. Yang terakhir di Tunisia.
Rashid mengambil masa lebih dari tiga tahun bagi menyatakan rasa
terdongkolnya tentang pembatalan penggunaan dakwat kekal itu beberapa
hari sebelum PRU 8 Mac, 2008 dulu.
Pembatalan itu dibuat setalah ada pertemuan antara Perdana Menteri
masa itu, Tun Abdullah Badawi dengan SPR kononnya timbul isu keselamatan
tentang penggunaan dakwat itu.
Ada waham ketika itu bahawa pembatalan itu justeru campur tangan
Perdana Menteri. Tetapi Perdana Menteri menafikan dia yang
mengarahkannya. Katanya dia sekadar memberi pandangan tetapi SPRlah
membuat keputusan membatalkannya.
Boleh dibuat kesimpulan kerajaan semasa tidak mahu ia disalahkan atas kejadian itu tetapi seperti SPRlah yang disalahkan.
Ertinya wibawa SPR itu yang diuji dan benar ia tidak tahan uji.
Perdana Menteri itu orang politik. Kepada SPR dilambakkan semua
ketempangan.
Rashid dikatakan berkata, dia seperti hendak meletak jawatan masa
itu, tetapi dia disabarkan. Demikianlah cerita wibawa SPR hang hingga
hari ini terus dipersoal.
Apa rugi Rashid yang bersabar dan tidak meletak jawatan? Tiada orang
yang menghormatinya. Umno dan kerajaan diragui menghormatinya sekali pun
dia ada jasa pada Umno. Kalau Umno dan kerajaan menghormatinya, masakan
ada komen Perdana Menteri menolak pertanggungjawaban atas isu
pembatalan guna dakwat kekal sebaliknya melambakkannya kepada SPR
sendiri.
Masakan Rashid tidak jasa langsung di SPR. Tetapi siapa yang
mengenangnya? Bagaimana namanya di tengah masyarakat selepas dia
bersara?
Tetapi kalau dia meletak jawatan masa itu, dia akan dipuji dan
disanjung sebagai orang berintegriti dan bermaruah. Macam Tan Sri Syed
Jaafar Albar yang tidak seuju dengan tindakan Tunku Abdul Rahman Putra
melepaskan Singapura dari Malaysia, dia meletak jawatan dari Setiausaha
Agung Umno. Orang hormatinya.
Pelanggan SPR telah lama membangkitkan isu penggunaan dakwat kekal
itu. PAS pelanggan awal yang mengemukakannya. Tetapi SPR semasa Rashid
berkelentong. Tidak nampak reaksi positifnya. Hingga dia berdalih dakwat
jenis itu dibantah oleh ulama kerana ia tidak telus wuduk. Hatta DAP
bertanya PAS, kerana alasan SPR tidak menggunakannya ia ditentang PAS
atas sebab halangan air wuduk tadi.
PAS tidak pernah membantah, bahkan menuntut penggunaanya. Lalu PAS membantah kelentong SPR itu.
Jika Rashid meletak jawatan bila dakwat itu dibatalkan, kelentong yang dulu-dulu itu nescaya dilupakan.
Gara-gara Nik Rashid bersabar atas pembatalan itu dan berdiam diri,
hingga hari ini isu itu tidak selesai dan menyebab pengerusi SPR yang
beru terpaksa memikul segala Nik Rashid tidak selesaikan dulu.
Bagaimana pun sedikit pendedahan Rashid tentang pembatalan dakwah itu
dulu menjadi keterangan dakwat itu tidak jadi masalah. Masalahnya ialah
tekanan kerajaan. Masalah SPR dan pengerusinya yang baru boleh dikira
sebagai belenggu dari campur tangan kerajaan.
Bersih 2.0 dan pelanggan SPR boleh terhibur dengan pendedahan kecil Nik Rashid itu bahawa dakwat kekal itu releven.
Akhirnya Rashid bersuara. Walau pun terlambat tetapi suaranya
mengandungi banyak persoalan. Antara dia meninggalkan banyak beban yang
tidak selesai. Pengerusi baru SPR janganlah berkelentong lagi. Jangan
tinggalkan SPR sebagai suruhanjaya yang bermasalah.
Nik Rashid masih ada masa menolong Bersih 2.0 menyelesaikan segala yang tidak selesai. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA