Selamat Datang

Rabu, 16 November 2011

PKFZ: Apa maksud Nazri 'isu lebih besar'


| Print |
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 16 Nov: PAS meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mendedahkan pandangan beberapa anggota kabinet berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada 2002.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ianya berdasarkan keterangan Nazri di mahkamah sebagai saksi ke-20 perbicaraan pendakwaan dalam kes Tun Dr Ling Liong Sik itu.

Nazri seperti dilaporkan media kelmarin memberikan keterangan kepada mahkamah bahawa ramai anggota kabinet termasuk beliau sendiri tidak bersetuju dengan projek PKFZ namun terpaksa bersetuju atas kerana 'bimbang menjadi isu besar'.
Nazri ketika itu merupakan Menteri Pembangunan Usahawan.
"Saya minta Nazri jelaskan kepada media dan masyarakat, apa butiran pandangan anggota kabinet yang tak berstuju dan apa apa yang dimaksudkan Nazri dengan 'isu yang lebih besar' itu," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mempertikai tindakan anggota kabiet ketika itu yang bersetuju dengan cadangan projek PKFZ walaupun tahu ia akan gagal dan membazirkan wag negara.
Tambahnya, tindakan itu menunjukkan anggota kabinet BN tidak berperanan sepenuhnya sebaliknya hanya menjadi "pak turut".
"Tak sewajarnya bila mereka tak bersetuju tapi akhirnya terpaksa bersetuju  sedangkan  mereka tahu cara pengendalian projek PKFZ itu akan mendatangkan masalah kepada  negara.
"Nampak sangat anggota kabinet ini takut dengan kuasa yang ada pada Perdana Menteri dan akhirnya mereka menjadi pak turut, tak berfungsi dalam kabinet, hanya memberikan pandangan untuk tak bersetuju," katanya.
Beliau juga bimbang amalan in masih berterusan dalam kabinet BN.
"Lemahlah anggota kabinet kalau begini caranya. Mungkin amalan ini masih berterusan dalam kerajaan BN," katanya lagi.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar pada sidang media sama berkata perbicaraan skandal PKFZ lebih banyak menimbulkan persoalan berbanding menemui jawapan.
Justeru beliau mencadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes tersebut.
"Perbicaraan PKFZ lebih banyak menimbulkan persoalan daripada menjawab. Nazri sebagai ahli kabinet senior sepatutnya memberi maklumat ini kepada PAC misalnya.
"Ia menimbulkan lebih banyak kekeliruan yang patut diselesaikan bukan sahaja di peringkat mahkamah tapi di peringkat Suruhanjaya Diraja kerana melibatkan berbilion wang rakyat," kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails