KOTA BHARU, 4 Nov:
Pemimpin Kerajaan Kelantan akan ke Parlimen pada 10 November ini untuk
membawa poster ucapan pemimpin terdahulu termasuk Perdana Menteri kedua,
Tun Abdul Razak berhubung royalti petroleum bagi mengingati ulang tahun
ucapan allahyarham pada 12 November 1975.
Kunjungan yang akan disertai anggota Exco kerajaan negeri, Adun,
anggota Parlimen, Gegar termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti
Petroleum, Datuk Husam Musa akan menyerahkan himpunan risalah Tun Abdul
Razak serta beberapa pemimpin lain kepada Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Husam pada sidang media semalam memberitahu, risalah tersebut
mengandungi ucapan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Yaacob,
Pengerusi Pertama Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain agar
pimpinan kerajaan Persekutuan hari ini sedar Kelantan berhak mendapat
royalti petroleum.
“Memandangkan hari Sabtu Parlimen tidak bersidang, jadi kita memilih
hari yang paling hampir dengan tarikh tersebut, iaitu 10 November untuk
menyerahkan risalah serta amanat ayahanda kepada Perdana Menteri
sekarang berhubung perkara itu,” ujarnya.
Husam berkata, risalah atau poster tersebut akan diserahkan kepada
Timbalan Perdana Menteri sekiranya Perdana Menteri tidak hadir.
“Sekiranya kedua-duanya tidak ada, risalah tersebut akan diserahkan kepada mana-mana menteri atau timbalannya,” ujarnya.
Sehubungan itu juga, menurutnya himpunan kata-kata rasmi pimpinan
terdahulu yang terkandung dalam risalah itu akan diedarkan kepada orang
ramai pada hari berkenaan.
Antara yang terkadung dalam risalah itu ucapan Tun Abdul Razak pada
tahun 1975, ketika menjawab pertanyaan Lim Kit Siang dalam sidang Dewan
Rakyat ketika itu menyebut mengikut perjanjian, tiap-tiap negeri akan
menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai sama ada
kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut.
Selain itu, risalah tersebut turut mengisi ucapan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Kasitah Gaddam yang menyokong kerajaan berhak
mendapat hasil royalti petroleum. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA