KUALA LUMPUR, 13 Nov: Pakar perlembagaan Profesor
Abdul Aziz Bari berkata, penggunaan dakwat kekal semasa pilihan raya
boleh dilakukan tanpa pindaan Perlembagaan Pesekutuan.
Menurut
Abdul Aziz yang juga Pensyarah Undang-undang Universiti Islam
Antarabangsa (UIA), pendiriannya itu berdasarkan perinsip 'jika tiada
yang menghalang, ia adalah sah dan dibenarkan'.
“Dalam
undang-undang, cukup mudah; jika tiada yang menghalang, ia adalah sah
dan dibenarkan. Malah, pelajar undang-undang tahun satu juga tahu hal
itu,” kata Abdul Aziz dipetik Malaysiakini.
Beliau juga
dilapor berkata, tidak timbul kemungkinan keputusan pilihan raya boleh
dicabar di mahkamah jika dakwat kekal diperkenalkan tanpa meminda
Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, beliau tidak tahu dari mana
ahli Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi pembaharuan sistem
pilihan raya, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad mendapat tanggapan itu.
Sebaliknya,
kata Abdul Aziz, pandangan pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan
Adil (BERSIH 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan dan presiden Majlis Peguam
Lim Chee Wee bahawa perlembagaan tidak perlu dipinda bagi penggunaan
dakwat kekal adalah betul.
“Ambiga dan Lim adalah betul: tak perlu pinda perlembagaan. Malah, saya katakan saya pasti 100 peratus, tak perlu pinda.
“Seperkara, adakah terdapat sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang menghalang penggunaan dakwat kekal?
Semalam,
semasa pendengaran awam, Mohd Radzi dilaporkan berkata kemungkinan
keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah jika sistem itu
diperkenalkan tanpa meminda perlembagaan persekutuan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA