SHAH ALAM, 17 Nov: Menteri Besar Selangor Tan Sri
Khalid Ibrahim hari ini memberitahu Dewan Undangan Negeri Selangor
tidak akan dibubarkan jika Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) dilaksanakan
kurang dari enam bulan dari tarikh hari ini.
Beliau yang
menjelaskan pendirian kerajaan negeri itu dengan hasrat segala apa yang
dijanjikan pada Belanjawan 2012 Negeri Selangor dapat di laksanakan
sepenuhnya serta memenuhi apa yang telah dijanjikan kepada rakyat.
"Saya
sebagai Menteri Besar hari ini menyatakan pendirian kerajaan negeri
bahawa jika pilihanraya umum dilakukan kurang enam bulan maka kita tidak
akan sertai tetapi jika sebaliknya Negeri Selangor akan bersama dalam
pilihan raya itu.
"Ini adalah ingin memastikan segala apa yang
kita janjikan pada belanjawan kali ini dapat dipenuhi sepenuhnya serta
rakyat dapat menikmati apa yang telah kita janjikan.
"Banyak yang
kerajaan negeri telah janjikan dan kita mahu pastikan ia dapat
dilaksanakan sepenuhnya," jelasnya sewaktu penutup Sidang Dewan Undang
Negeri Selangor hari ini.
Khalid memberitahu, setiap pihak jangan memikirkan sebaliknya kerana niat kerajaan yang tidak mahu menyertai pilihan raya itu.
"Kita
kena fikir positif dan apa yang dilakukan ini adalah untuk kebaikan,
untuk apa kita berbahas tentang bajet dan sebagainya jika kita turut
sama dalam pilihan raya sehinggakan apa yang dijanjikan pada belanjawan
kali ini tidak dapat ditunaikan sepenuhnya," sambungnya lagi.
Dalam
masa yang sama Khalid juga meminta setiap pihak menghormati intitusi di
negeri ini terutamanya Institusi Raja, Dewan Negeri, Kerajaan Negeri
dan rakyat.
Sebagai menjadikan sebuah negeri yang harmoni setiap
pihak perlu bekerjasama tanpa ada sebarang sikap prasangka dan yang
perlu dilakukan oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat adalah
melaksanakan apa yang telah diamanahkan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA