Selamat Datang

Ahad, 12 Ogos 2012

Majlis sumbangan Fakir Miskin, Guru Al-Quran PAS Parit Buntar

 
Kuala Kurau, 12 Ogos: Majlis penyampaian sumbangan kepada fakir miskin dan Guru-guru al-Quran DUN Kuala Kurau oleh PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar berjalan dengan lancar di Markaz MTD Kuala Kurau.

Seramai lebih 200 orang fakir miskin dan guru-guru al-Quran telah menerima sumbangan berbentuk beras, barangan dapur, kitab tafsir al-Quran dan wang tunai.

Majlis ini telah dihadiri oleh YB Dato Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Yunus Jamhari, ADUN Kuala Kurau, Hj Harun Hashim, YDP PAS Parit Buntar dan AJK Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat serta AJK Cawangan-cawangan.


Pengarah program Ehya Ramadhan, Ahmad Azhar Shahrin yang juga NYDP Pas Parit Buntar dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma yang telah menyumbangkan derma mereka dalam menjayakan program ini.

Tahun ini, sumbangan penderma telah mencecah lebih RM90,000 berjaya diperolehi untuk dana Ramadhan. Derma tersebut digunakan untuk membantu fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal,guru-guru al- quran dan pesakit di hospital dalam parlimen Parit Buntar, katanya lagi.

 Kelmarin majlis seperti ini telah dibuat di Pusat Tarbiyah Titi Serong bagi DUN Titi Serong pada sebelah paginya dan sumbangan kepada pesakit di Hospital parit Buntar telah dibuat pada sebelah petangnya.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails