Selamat Datang

Jumaat, 17 Ogos 2012

Iftar Perdana bersama anak Yatim PAS Parit Buntar meriah.






Parit Buntar; 14 Ogos, PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Buntar telah mengadakan majlis iftar perdana di Dewan Orangramai disini dengan penuh meriah bersama anak-anak yatim, guru-guru PASTI dan murabitun.


Lebih dari 700 orang telah hadir di dalam majlis tersebut yang turut disertai oleh oleh PAS kawasan yang berhampiran seperti kawasan Bagan Serai dan Larut. Dalam majlis ini, sumbangan telah diberi kepada anak-anak yatim, petugas-petugas parti, guru-guru PASTI dan juga petugas media yang sering melaporkan aktiviti PAS kawasan atau Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar.

Majlis ini merupakan acara kemuncak program Ehya Ramadhan PAS Parit Buntar bagi tahun 2012 ini. Dana ramadhan yang disumbangkankan oleh orang ramai pada tahun ini melebihi RM 90,000. Pengarah Program Ahmad Azhar Hi Shahrin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para dermawan yang sentiasa memberi sumbangan mereka pada setiap tahun.

Majlis ini turut dihadiri oeh YB Dato Dr. Ustaz Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar, Ustaz Abu Bakar Hussin, Pesuruhjaya PAS Perak, YB Yunus Jamhari, ADUN Kuala Kurau, YB Ustaz Husin Din ADUN Selinsing, YB Ustaz Ramli Tusin ADUN Semanggol, Hj Othman Maseri, Bendahari PAS Perak, AJK PAS Parit Buntar, AJK Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dan Nisa Parit Buntar.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails