Selamat Datang

Sabtu, 3 Disember 2011

Himpunan: BN ikut kejatuhan rejim Timur Tengah

| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 3 Dis: Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 memperakui bahawa Barisan Nasional berada di hujung kuasa dan langkah terdesak itu akan menjadikannya akan mengikuti kejatuhan rejim-rejim Timur Tengah yang dijatuhkan oleh rakyat.
Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria (gambar) menyatakan demikian sebagai respons kepada rang undang-undang itu yang diluluskan Dewan Rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional pada 29 November lalu.
“Satu lagi titik hitam tercatat di dalam negara kita. Ia hanya menambah senarai kezaliman yang tidak berkesudahan malah membuktikan  ketakutan Barisan Nasional berdepan kebangkitan rakyat,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau melihat cubaan pihak kerajaan BN mengemukakan rang undang-undang itu secara tergesa-gesa merupakan cubaan terancang mereka untuk mencabul hak kebebasan berhimpun yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Tambahnya, ia meletakkan kedudukan negara kita setaraf dengan negara-negara yang mundur demokrasi seumpama Myanmar, bahkan lebih teruk lagi.
Katanya lagi, rang undang-undang itu menjelaskan retorik janji Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden Umno pada tanggal malam sambutan Hari Malaysia 15 September 2011.
“Rang undang-undang ini mengesahkan keberkesanan kuasa rakyat yang berhimpun tanggal Julai 2011 menuntut pilhanraya bersih dan adil,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah.
Baginya, undang-undang itu memperlekehkan intelek rakyat di samping Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang sedang mengkaji syor rakyat bagi menambahbaik pilihanraya hanyalah topeng palsu bagi menipu dan memperbodoh rakyat.
“Belumpun sempat syor untuk ruang yang lebih adil diberi kepada parti politik bergerak dicadangkan, Barisan Nasional telah melakukan tindakan jijik mengemukakan undang-undang ini.
“Tiada masyarakat sivil yang sukakan sekatan seperti ini. Justeru, tiada jalan lain bagi rakyat. Bangkit dan jatuhkan Barisan Nasional,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails