Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 Jun: Semua ahli dan penyokong PAS diseru menghadirkan diri untuk perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bagi menyatakan sokongan rakyat terhadap tuntutan 8 perkara untuk perubahan sistem pilihan raya ke arah yang lebih baik. “Ini bagi menjamin keyakinan terhadap sistem demokrasi berparlimen negara,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) kepada Harakahdaily hari ini. Bersih 2.0 yang dianggotai lebih daripada 80 NGO telah menyenaraikan 8 tuntutan berikut demi menjamin pilihan raya yang lebih adil bagi mempromosikan demokrasi yang telus dan dinamik iaitu bersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, guna dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Dalam konteks negara, kata Tuan Ibrahim, demonstrasi aman yang dianjurkan Bersih 2.0 bukanlah perkara baru dalam konteks negara. “Selepas pilihanraya umum ke 12, Umno ternyata lebih banyak mengadakan demo berbanding Pakatan Rakyat. Namun, apa yang menarik demo mereka ini dapat pengawalan polis tanpa sebarang provokasi. Ia berjalan dengan aman walaupun ia berbentuk hasutan. “Contohnya, peristiwa membawa kepala lembu, membakar gambar dan bendera dan juga pengisytiharan perang khususnya yang dianjurkan rakan akrib Umno, Perkasa, yang ternyata mempunyai kekebalan luar biasa daripada sentuhan undang-undang dan juga polis,” kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Tuan Ibrahim turut menambah bahawa PAS berterima kasih ke atas kebebalan Perkasa yang mengeluarkan pelbagai kenyataan bersifat provokasi kebelakangan ini. “Kerana ini sudah tentu dapat memudahkan kerja polis untuk menahan mereka yang melakukan provokasi – dan sudah jelas yang buat provokasi tentulah Perkasa. “Tapi, di Malaysia, kita sudah pasti tidak terkejut sekiranya yang kena tahan pihak yang tidak membuat provokasi seperti PAS, PKR dan DAP,” sindir beliau. Mengenai keazaman Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk turut serta melakukan demo pada Julai 9 nanti seperti yang dilakukan Bersih 2.0, Tuan Ibrahim berkata ia adalah satu tindakan yang agak luar biasa sehinggakan Khairy berani mencabar polis dan menyatakan kesediaannya untuk ditangkap. “Cuma PAS hairan Pemuda Umno sertai demo untuk menuntut apa? Kalau tuntutan kita atas 8 perkara, maka Pemuda Umno nak tuntut apa? “Jika benar kata Khairy bahawa mereka juga mahu menuntut penambahbaikan sistem pilihan raya di Malaysia, maka ini bermakna pemuda Umno nampaknya lebih faham berbanding pemimpin-pemimpin Umno yang tua-tua yang sering berlindung di bawah dagu Perkasa dan Ibrahim Ali (Presiden Perkasa),” sindirnya lagi. |
Selamat Datang
Rabu, 22 Jun 2011
Semua diseru jayakan Bersih 2.0
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA