Kuala Lumpur, 25 Jun 2011 - Kenyataan ini adalah respon kepada laporan dalam laman berita harian yang bertarikh 25/6/2011 yang memetik kata-kata Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri di Kementerian Pelajaran: "Saya harap tidak ada guru yang akan menyertainya. Kita yakin guru negara ini sudah cukup matang dan tidak akan terbabit dalam perhimpunan sebegini apatah lagi mereka tahu implikasinya. Bagaimanapun sekiranya ada juga masih berdegil, kita terpaksa ambil tindakan tegas termasuk menggantung tugas, menahan gaji atau sebagainya."
Amaran Timbalan Menteri di Kementerian Pelajaran yang memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung tugas serta menahan gaji guru yang menyertai perhimpunan haram di ibu Negara merupakan tindakan yang tidak bertamadun dan jelas bertentangan dengan Islam.
Hak untuk menyuarakan pandangan adalah merupakan hak yang dijamin oleh perlembagaan Negara ini.
Di dalam Islam seseorang mempunyai kebebasan untuk menyuarakan pandangannya selagimana tidak bercanggah dengan Islam.
Kerajaan sepatutnya lebih mesra rakyat dan tidak menyalahgunakan kuasa demi survival fahaman politik yang sempit.
Kegemilangan Islam pada waktu lampau adalah kerana keterbukaan mereka dalam menerima kepelbagaian pandangan selagimana tidak bercanggah dengan Islam.
Oleh kerana itulah mazhab-mazhab Islam hidup dengan suburnya pada era mereka. Keperluan menyatakan pandangan semakin menjadi suatu kewajipan sekiranya pertentangan berlaku di antara kebenaran dan kezaliman.
Apa yang dilakukan oleh BERSIH adalah demi keadilan. Bahkan tindakan berdiam diri terhadap kezaliman itu adalah tindakan yang tidak matang sama sekali dan bukan sebaliknya seperti yang didakwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA