Selamat Datang

Khamis, 6 September 2012

TMB Kedah: Zaman Umno BN pun tak buat

Harakahdaily, 06 Sep 2012
ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berpandangan tiada keperluan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar di negeri itu bagi meringankan tugas Menteri Besar seperti dicadang pihak tertentu.

Ini kerana katanya, jawatan itu juga tidak pernah dibuat ketika zaman pemerintahan BN terdahulu walaupun ketika bekas Menteri Besar,Datuk Seri Syed Razak Syed Zain sakit.

“Masa BN dulu mereka tidak buat pun. Masa itu pun, ada kes sakit juga,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco semalam.

Beliau berkata demikian menjawab soalan wartawan berhubung desakan Pemuda Gerakan Kedah yang mahu Kerajaan Negeri mewujudkan jawatan itu, ekoran masalah kesihatan beliau.


Mengulas lanjut, Ustaz Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah menganggap semua Exco kerajaan negeri sekarang ini sebagai Timbalan Menteri Besar.

Menurutnya, sepanjang beliau bercuti sakit, semua anggota Exco menjalankan tugas dengan baik, bukan sahaja bawah portfolio masing-masing, termasuk membantu memantau portfolio yang disandangnya.

"Semua Exco adalah Timbalan Menteri Besar. Mereka buat kerja dengan cemerlang semasa ketiadaan saya di pejabat.

"Tiada perkara yang tertangguh sepanjang saya bercuti. Semuanya berjalan lancar kerana Exco tahu tugas masing-masing,” katanya.

Awal minggu lalu, Azizan dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC) di Alor Setar akibat keletihan kerana terlalu banyak menghadiri program sepanjang Ramadan.

Doktor juga menasihatkan beliau agar berehat di hospital untuk memastikannya mendapat rehat yang cukup.

Bagaimanapun beliau semalam hadir mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman.

Beliau juga kelihatan ceria menjawab soalan wartawan senjang sidang media diadakan.

"Hari ni saya mesyuarat tadi mula jam 10 pagi, sekarang pukul dua. Empat jam, orang sakit buat mesyuarat empat jam?

"Itu jawapan saya kepada kamu," katanya kepada wartawan yang bertanya status kesihatan terkini beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails