Shahbudin Husin
Isu
pengawal peribadi Anwar mengeluarkan pistol kini menjadi isu baru untuk
menyerang PR. Ia segera dikaitkan dengan pelbagai kemungkinan dan
andaian jika PR memenangi pilihanraya akan datang. PR dikatakan
memulakan politik ganas, tidak toleransi, ghairah menggunakan senjata
dan pelbagai lagi.
Ada
juga andaian yang mengatakan bahawa ini merupakan petanda awal
sekiranya PR menang pilihanraya nanti, mereka akan menggunakan pistol
dan senjata api untuk menghalang demonstrasi UMNO ketika itu.
Sebenarnya
tindakan pengawal peribadi itu bukanlah sesuatu yang pelik dan diluar
SOP jika dikaji dari awal bagaimana deretan ancaman yang diterima oleh
Anwar sejak akhir-akhir ini. Tindakan menunjuk pistol hanyalah sekadar
gertakan kepada 50 pemuda yang terus menerus memberikan ancaman untuk
mengelakkan mereka terus menjadi ganas.
Kereta
Anwar sebelum ini pernah disabotaj yang dipercayai bertujuan
mengakibatkan kemalangan dan kematian. Cermin keretanya juga pernah
dipecahkan. Anaknya Nurul Izzah juga menerima ancaman yang serupa, malah
ugutan bunuh terhadap anaknya juga pernah diterima.
Sebaik
PKR melancarkan bas Jelajah Merdeka Rakyatnya, ia disambut dengan
simbahan cat merah dalam jelajah pertamanya di Kelantan. Di Melaka pula,
selain disimbah cat oleh lebih kurang 50 pemuda yang dipercayai ahli
UMNO, bas tersebut cuba dihalang perjalanannya.
Politik
apa ini? Ia tidak lain menunjukkan UMNO sudah hilang kewarasan dalam
berpolitik. Dalam sebuah negara merdeka yang mengamalkan demokrasi,
semua rakyat bebas pergi ke mana saja. Dalam politik pula, sesiapa saja
bebas menyokong parti mana yang disukai dan diyakininya.
Tindakan
menghalang laluan bas jelas terkeluar daripada landasan demokrasi.
Sementara Najib dan lain-lain pimpinan UMNO bebas bergerak di
negeri-negeri yang dikuasai PR seperti Selangor, Kedah Pulau Pinang dan
Kelantan sambil mengeluarkan pelbagai kecaman dan serangan kepada
kerajaan negeri terbabit, amalan yang sama harus juga diberikan kepada
pimpinan PR. Mereka seharusnya dibebaskan bergerak di negeri-negeri yang
dikuasai UMNO.
Semua
perbuatan tidak matang ini menunjukkan bahawa UMNO cuba mengelak rakyat
daripada mengamalkan kebebasan yang dibenarkan oleh perlembagaan
negara. Setelah berpeluang 55 tahun berkuasa, UMNO seharusnya
menunjukkan kematangan sepadan dengan usianya.
Melakukan
tindakan tidak matang seperti menyimbah cat dan menghalang laluan hanya
menambahkan kebencian rakyat kepada UMNO yang sememangnya sudahsedia
bertompok selama ini.
Sokongan
dan penolakan rakyat seharusnya diterima dengan jiwa tenang. Rakyat
tidak mungkin menolak sesebuah kerajaan tanpa sebab kerana kebanyakan
rakyat bukan lagi duduk dalam gua seperti di zaman batu. Rakyat hari ini
penuh dengan maklumat dan mereka tidak mudah lagi dibohongi.
Masalah
UMNO ialah oleh kerana ia sudah berkuasa sebegitu lama, ia merasakan ia
akan kekal selama-lamanya sehingga hari kiamat. Mereka yang menentang
dan menolak UMNO dianggap pengkhianat dan tidak mengenang jasa. Rakyat
sentiasa diminta menyokong UMNO walaupun pemimpinnya berperangai buruk
serta rakus mengaut kekayaan negara tanpa belas kasihan.
Sehingga ia sudah dianggap seperti syaitan oleh Tun Mahathir pun, rakyat terus diminta menyokong UMNO.
Tindakan
agresif dan ganas beberapa kumpulan dalam UMNO sekarang tidak lain
adalah berpunca daripada saranan Najib sendiri. Najib sekarang begitu
terdesak untuk mempertahankan kuasanya. Di suatu ketika beliau
menegaskan bahawa UMNO akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara
sekali pun. Dan terbaru ini beliau menyeru ahli-ahli UMNO supaya
melakukan sekatan politik bagi menghalang kemaraan Anwar dan PR menuju
Putrajaya.
Saranan
Najib itu yang diulang-ulang oleh pelbagai peringkat pimpinan dalam
UMNO lainnya tentulah akhirnya menghasilkan sesuatu tindakan yang boleh
mencetuskan keganasan dan di luar batas-batas demokrasi. Mereka mungkin
menafsirkan ucapan Najib yang mahu Putrajaya dipertahankan dengan apa
cara sekali pun dan sekatan politik dilakukan untuk menghalang kemaraan
PR sebagai "lesen" untuk melakukan apa saja termasuk menyimbah cat dan
menghalang laluan bas yang membawa Anwar ke sebuah jamuan hari raya di
Melaka.
Sebelum
ini UMNO juga kerap mengganggu ceramah-ceramah PR dengan mengadakan
ceramah di kawasan berdekatan sambil menghalakan mokrofon ke sasaran
lawan. Umi Hafilda tentunya masih ingat bagaimana beliau selalu hilang
suara kerana terlampau menjerit ke arah ceramah-ceramah PR sambil
mengeluarkan perkataan jijik, hina dan kesat yang dikaitkan dengan
Anwar.
Tindakan
itu direstui, malah kadangkala dibanggakan oleh UMNO. Tentulah akhirnya
ia akan menjurus kepada tindakan lain yang lebih agresif pula.
UMNO
nampaknya hanya menerima demokrasi dan kebebasan jika memihak
kepadanya. Jika berlawanan dengan seleranya, ia bukan lagi demokrasi
bagi UMNO. Kewarasan berpolitik dan tidak sedia menerima kekalahan bukan
sahaja masih menebal di kalangan ahli bawahan tetapi juga masih menebal
di peringkat pimpinan.
UMNO
Melaka dan di mana-mana saja seharusnya bersikap matang dan menerima
kebebasan dan demokrasi dengan hati terbuka. Hujah harus dilawan dengan
hujah. Kemaraan PR harus dilawan dengan khidmat kepada rakyat yang lebih
baik, bukannya dengan aksi ganas dan samseng.
Oleh
kerana pimpinan UMNO umumnya sering terpalit dengan pelbagai
kepentingan serta salah laku ketika berkuasa, maka kuasa yang ada cuba
dipertahankan untuk mengelakkan ianya terdedah kepada umum. Ahli bawahan
diseret untuk mempertahankan kuasa seolah-olah untuk kepentingan rakyat
walau hakikatnya yang ingin sangat dipertahankan ialah kepentingan
peneraju kuasa sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA