Parit Buntar; 8 September- Majlis Jamuan Aidilfitri PAS Parit Buntar berlangsung dengan meriah sekali. Ribuan hadirin telah datang ke majlis tersebut di kalangan orang ramai yang datang membawa keluarga bersama mereka. Jamuan bermula pada pukul 2.30 petang itu dibanjiri oleh orang ramai sehingga jam 5.00 petang.
Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin, ADUN Kuala Kurau, YB Yunus Jamhari, ADUN Selinsing, YB Hj Husin Din, YDP PAS Parit Buntar, Hj Harun Hashim.
Juadah yang disediakan adalah bihun goreng, nasi himpit, roti canai dan kuih-kuih raya. Semua hadirin telah dapat menikmati jamuan tersebut dengan secukupnya.
Majlis tersebut berjalan dengan lancar disertai dengan ucapan-ucapan oleh Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN yang hadir. PAS Parit Buntar mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang hadir kerana memberi sambutan yang baik. Ini dapat dilihat dengan kehadiran yang sangat ramai dalam majlis tersebut.
Gambar-gambar sekitar majlis Aidilfitri PAS Parit Buntar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA