Selamat Datang

Isnin, 24 Oktober 2011

Komunis: Najib jangan bohongi rakyat


| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 24 Okt: Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno mesti memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, jika benar-benar ikhlas hendak melawan komunis.
“Beliau jangan membohongi rakyat dalam isu komunis,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, rakyat hendak mengetahui kenapa Umno sanggup mengadakan MoU dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2010.
Ini, ujarnya bukan hubungan parti dengan kerajaan, tetapi hubungan antara parti dengan parti.
Tambahnya, lebih merbahaya  lagi Umno bersetuju untuk menghantar pemuda dan puteri untuk belajar dengan Parti Komunis China.

Ini, jelasnya bererti Umno merosakkan generasi muda dalam Umno untuk belajar cara Parti Komunis China bergerak.
Katanya, jika Najib enggan memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, sah beliau seorang pemimpin talam dua muka.
“Beliau hanya bersemangat menghentam perjuangan komunis di hadapan bekas anggota polis, tetapi dalam masa yang sama beliau berasmara dengan Parti Komunis China,” ujarnya.
Soal beliau, apakah komunis China menggunakan kitab lain daripada komunis Malaya.
“Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China?
“Kenapa tidak putuskan dengan bapa yang menjadi penaung kepada Parti Komunis Malaya?” tanya beliau lagi.
Justeru, katanya PAS menganggap kedua-duanya sama-sama merbahaya kepada negara dan agama.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails