Selamat Datang

Khamis, 20 Oktober 2011

Biar pun tewas Red Warriors diberi RM60,000



Rizal Tahir   
KOTA BHARU, 19 Okt: Biar pun pasukan The Red Warriors (TRW) gagal melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia, namun kerajaan negeri tetap menghargai kesungguhan pemain.
Sehubungan itu kerajaan Kelantan akan menyumbang sejumlah RM60,000 kepada pasukan bola sepak sebagai insentif penghargaan terhadap usaha mereka menaikkan imej negeri ini dalam sukan bola sepak negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Abdul Fattah Mahmood berkata, walaupun TRW gagal ke peringkat separuh akhir, namun kerajaan negeri tetap menghargai sumbangan pasukan itu.
Katanya, kesungguhan pemain tetap dihargai biar pun ketika menang atau atau sebaliknya.
”Pada perlawanan peringkat suku akhir baru-baru ini kita tewas kepada Terengganu dengan agregat 2-5 dalam perlawanan penentuan di Stadium Sultan Muhammad ke-1V,” katanya di sini.
Oleh itu beliau berharap peminat bola sepak perlu menyedari nasib tidak menyebelahi pasukan Kelantan tahun ini.
Kata beliau kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) hari ini bagi menjemput pemain dan pihak pengurusan hadir pada majlis makan tengahari.
“Insentif itu akan disampaikan pada satu majlis makan tengahari bersama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan diadakan di Dewan Teratai sebelum Hari Raya Aidiladha ini,” ujarnya.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails