Portal PAS Parit Buntar melaporkan:
Orang ramai yang ingin membuat sumbangan untuk program infaq Ramadhan boleh disalurkan wang tunai, cek, dan wang pos melalui akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad bernombor 0801-0000839-71-1 di atas nama ‘Jawatankuasa Dana JPR Parit Buntar’.PARIT BUNTAR , 29 Julai : Program Infaq Ramadhan Al Mubarak Kawasan Parit Buntar merupakan aktiviti tahunan yang dilakukan oleh PAS Kawasan Parit Buntar serta Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong.
Pengerusi Jawatankuasa Infaq Ramadhan Abdul Bahrain Desa berkata, program ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang amat memerlukan di sekitar Parlimen Parit Buntar sempena bulan Ramadhan yang hampir tiba.
“ Beberapa golongan yang dikenalpasti pihak kami akan salurkan bantuan iaitu fakir miskin, anak yatim, mualaf, pesakit di hospital, masjid, pegawai masjid , guru al - Quran dan guru Pasti
“ Jumlah sumbangan yang diperlukan untuk tahun ini adalah sebanyak RM 82,000.00. Sumbangan yang disalurkan adalah berbentuk barangan keperluan untuk sambutan Eidul Fitri, jamuan anak yatim dan wang ringgit” katanya
Bahrain berkata, sumbangan dari orang ramai, ahli korporat dan pihak swasta diperlukan bagi menjayakan program ini.
“ Sumbangan ini amatlah bertepatan dengan amalan sedekah amal jariah khususnya untuk menjalani ibadah bulan Ramadhan. - PAS Parit Buntar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA