Selamat Datang

Rabu, 7 April 2010

RELEVANKAH UMNO


Kalau Yahudi Zionis menghalau bangsanya sendiri kerana mahu menbantai bangsa Arab dan Hamas secara ekstrem, namun di Malaysia bangsa Melayu yang diperintah oleh Umno KETUANAN MELAYU menghalau bangsanya sendiri atas nama pembangunan poket sendiri.

By From Vehicles to Life

Ketika Zionis Yahudi merobohkan penempatan orang - orang Yahudi di Semenanjung Gaza, penduduk Yahudi ketika itu cukup berang dengan tindakan kerajaan mereka waktu itu. Mereka mengatakan kerajaan takut kepada ancaman Hamas. Namun semua orang di dunia ini tahu, keluarnya Yahudi yang menganut fahaman Zionis ini keluar dari Semenanjung Gaza maka bermulalah operasi membantai Hamas dan rakyat Palestin yang menentang Yahudi Zionis dengan cara kekerasan. Semenanjung Gaza menjadi kubu kuat kepada pejuang Hamas. Maka dengan keluarnya rakyat Yahudi dari kawasan itu, maka dengan senang hatilah Zionis Yahudi melepaskan bom - bom ke serata tempat di Semenanjung Gaza. Semuanya atas nama menjaga keselamatan bangsanya sendiri dan memastikan ancaman berterusan daripada Hamas dapat dimusnahkan dan ditamatkan.

Namun di Malaysia perkara sebaliknya terjadi. Orang Melayu yang memerintah dengan suka hati merobohkan kampung - kampung Melayu di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Ingatkah kita pada peristiwa Kampung Berembang? Apa tujuan mereka menghalau orang Melayu dari tempat yang mereka duduki selama puluhan tahun di situ?

Kalau Yahudi Zionis menghalau bangsanya sendiri kerana mahu menbantai bangsa Arab dan Hamas secara ekstrem, namun di Malaysia bangsa Melayu yang diperintah oleh Umno KETUANAN MELAYU menghalau bangsanya sendiri atas nama pembangunan poket sendiri.

Bukan kita tidak mahu bangsa Melayu itu maju, namun lihat di mana tempat mereka ditempatkan. Dengan notis yang diberi hanya seminggu semua penduduk Kampung Berembang harus keluar. Dengan notis seminggu mereka harus mencari rumah sendiri. Dengan notis seminggu anak - anak yang sedang belajar dengan tekun untuk menghadapi SPM dirobohkan. Sedangkan sudah bergenerasi mereka duduk disitu, membuka tanah yang dahulunya hutan dan menjadikannya sebuah perumahan akhirnya tumbang dan musnah sama sekali atas desakan PEMAJU.

Jadi dimana slogan KETUANAN MELAYU yang mereka laungkan? Umno dan BN begitu kebulurkan duit. Mereka sanggup menjual dan memaksa hatta mencederakan bangsanya sendiri atas nama untung, untung dan terus untung. Buktinya, lihat sahaja isu di Kampung Buah Pala mereka sewenang - wenangnya menjual kawasan tersebut kepada pemaju sebelum kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Kenapa mereka menjualnya, kerana mahu memenuhkan poket mereka sendiri. (SUMBER)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails