Selamat Datang

Sabtu, 24 April 2010









Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, tindakan menyerang peribadi calon Pakatan Rakyat adalah satu perkara memalukan politik di Malaysia.

“Umno tidak ada modal. Calon ini calon parti.

“Kalau Umno ada modal serang partilah, mengapa mesti nak serang calon?

“Jangan serang tubuh badan calon , ini kerja bodoh, kerja budak-budak,” katanya.

Nik Aziz (gambar) berkata, Jika parti A lawan parti B, maka Umno perlu lawan dengan parti yang bertanding dan bukannya menyerang peribadi lawan.

“Kalau dia boleh bertumbuk, lari atau debik (pukul) semata-mata untuk lepas geram itu tanda dia tak boleh lawan.

“Dia hanya nak buat hujah dan asyik serang peribadi lawan,” katanya ketika mengulas mengenai dakwaan Barisan Nasional (BN) yang menyerang peribadi Zaid serta melabelkannya sebagai kaki botol ‘tegar’ dan memiliki kuda untuk berjudi.

Dalam pada itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan adalah tidak salah untuk menyampaikan ceramah politik di masjid kerana urusan politik juga disebut dalam al-Quran.

“Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W sendiri ahli agama, politik, panglima perang dan Menteri Kewangan serta Menteri Sosial.

“Jadi mengapa tidak boleh?

“Ini kerana ia kerja saki-baki penjajah barat yang asingkan agama dan politik.

“Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh orang Islam dan ia sangat mendukacitakan, “ katanya mengulas titah Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah yang melarang sebarang tindakan menggunakan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan tempat untuk mengadakan demonstrasi negatif.

Hari ini, Sultan Sharafuddin bertitah masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat serta mengeratkan silaturrahim sesama umat, dan bukannya tempat untuk berpolitik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails