KUALA LUMPUR, 16 Sept: Jika
Umno mendakwa negara ini tidak pernah dijajah, ia menjadikan parti itu
pembela terbesar penaklukan Inggeris ke atas negara ini, kata blogger
ahli Umno, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.
Malah, tegas beliau, ia sekaligus bererti Umno adalah pembelot bangsa Melayu yang membuli bangsa Melayu
Jika
benar negara ini tidak pernah dijajah seperti yang didakwa, Mohd Ariff
mempersoalkan apa sebenarnya peranan Umno dalam sejarah orang Melayu?
"Jika
ia tidak pernah berjuang untuk kemerdekaan kerana kita tidak pernah di
jajah dan para pemimpinnya memperakui hal demikian, maka Umno sebenarnya
tali barut imperialism Inggeris.
"Umno merupakan the biggest
apologist ke atas penaklukan Inggeris ke atas negara kita. Ini juga
bererti Umno itu pembelot bangsa Melayu yang membuli bangsa Melayu tapi
amat bongkok tunduk nya kepada kuasa imperialis seperti Inggeris," kata
beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis
dalam kawasan Parlimen Pekan.
Jika British hadir hanya untuk
memberi perlindungan dan memainkan peranan sebagai sheriff, kata Mohd
Ariff, kita tidak ada pilihan lain daripada memperakui bahawa selama
ini, Tanah Melayu adalah sebuah negara atau koleksi negeri-negeri yang
berdaulat.
Jika ini pendirian Umno yakni selama ini, katanya
lagi, semenjak British datang ke Tanah Melayu, negeri Melayu semuanya
adalah negeri-negeri berdaulat, maka semua mereka yang berkhidmat dan
bermatian untuk negeri-negeri tersebut adalah pendukung negeri-negeri
yang berdaulat.
Mereka, katanya lagi, adalah "loyal subjects" dan sesiapa yang membunuh "loyal subjects" adalah pengkhianat.
"Maka
demikian, celaka sungguhlah Umno. Tok nenek saya dari Tembeling dan
Tebing TInggi yang bertombak dan berlembing melawan Inggeris semua
adalah pengkhianat rupa-rupa nya.
"Mat Kilau, Mat Kelubi,
Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut, Pa Andak Endut dan Maharajalela semua
adalalah pengkhianat?" Mohd Ariff mempersoalkan.
Beliau juga
mempersoalkan, adakah Umno menipu kita selama ini dan deskripsi bahawa
kita dijajah sebenarnya suatu pembohongan Umno yang di perpanjangkan
oleh Umno untuk menghamba abdikan fikiran orang Melayu?
Beliau
berkata, kekeliruan yang terbit dari kontroversi cetusan fikiran
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tentang status Mat Indera sebagai
pejuang penentang penjajah telahpun menyebabkan kesan yang beliau
khuatir akan terjadi.
Kesan yang beliau maksudkan itu ialah kajian menyeluruh ke atas peranan dan sumbangan Umno di dalam merdeka tahun 1957.
"Maka
dari tahun 1957 sehingga 1963 apabila Malaysia di tubuhkan, tahun-tahun
tersebut tahun apa? Adakah ianya penjajahan dalam bentuk yang abstrak
yang dicipta oleh pimpinan Umno.
"Adakah Umno penipu terbesar kerana memanjangkan penipuan dan pembohongan kita dijajah?
"Tujuan Umno tidak lain dan tidak bukan untuk menjadikan orang Melayu
itu bergantung kepadanya dan menghamba abdikan fikiran orang Melayu,"
kata beliau. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA