KUALA LUMPUR, 27 Sept:
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) masih menunggu maklum
balas dari polis berhubung dengan siasatan mereka terhadap perhimpunan
Bersih 2.0 9 Julai lalu.
Ini kerana, sehingga kini, Suruhanjaya
sedang menunggu maklumbalas dari pihak Polis atas permohonannya, dan
peringatan seterusnya telah dikemukakan berhubung tujuan untuk
menemubual Personel Polis yang bertugas semasa perhimpunan 9 Julai awam.
(Antara mangsa tembakan gas pemedih mata polis terhadap peserta perhimpunan Bersih 2.0)
Demikian kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataannya hari ini.
Suruhanjaya
telah memutuskan untuk mengadakan Siasatan Awam ke atas dakwaan
pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang
melampau sebelum dan semasa perhimpunan pada 9 Julai 2011.
Panel
siasatan akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suruhanjaya Profesor
Datuk Dr Khaw Lake Tee dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr
Mahmood Zuhdi b Haji Abdul Majid dan Encik Detta Samen.
Menurut
Hasmy, sehingga 27 September, Suruhanjaya telah menyiapkan semakan
penghujahan awam yang telah diterima daripada orang ramai dalam bentuk
dokumen, kenyataan-kenyataan dan rakaman video, dan telah mengenal pasti
saksi-saksi.
Ia kini dalam proses melengkapkan sesi temubual
dengan saksi-saksi dan juga sedang mengatur untuk mendapatkan keterangan
beberapa saksi yang tinggal di luar Lembah Klang, katanya.
Suruhanjaya,
katanya, akan menetapkan dan mengumumkan tarikh pendengaran untuk
Siasatan Awam tersebut sehingga proses temu bual berakhir. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA