KUALA LUMPUR, 19 Sept: PAS menegaskan tiada keperluan untuk menukar bendera negara kerana bendera adalah lambang kedaulatan negara.
Disebabkan itu, sebagai rakyat Malaysia, bendera negara perlu dipertahankan, tidak boleh diperlekehkan dan dipersendakan.
“Isu
ini tidak perlu jadi polemik kerana ia tidak akan menjadi dasar Pakatan
Rakyat, dan PAS secara tegas tidak akan sesekali menyokong cadangan
sedemikian daripada sesiapa pun,” tegas Ketua Penerangan PAS Pusat,
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) sebagai mengulas serangan Umno terhadap kenyataan seorang pemimpin DAP, M Manoharan. Manoharan,
yang juga Adun Kota Alam Shah dalam Twitter beliau baru-baru ini
menyatakan akan bertindak menukar design bendera Malaysia sekiranya
menang.
Bagaimanapun, beliau telah memadamkan komen tersebut dan memohon maaf secara terbuka atas keterlanjurannya. Isu utama kini, kata Tuan Ibrahim bukanlah bendera tetapi Barisan Nasional yang memerintah negara. “Slogan
Barisan Nasional, 1Malaysia yang menggunakan lambang bendera Malaysia
itu juga bukan isu utama kerana slogan akan sentiasa bertukar. "Pada
zaman Tun Dr Mahathir, berapa banyak slogan yang telah digunakan
Barisan Nasional hanya sebagai penyedap kata? Demikian juga zaman Tun
Abdullah Badawi dengan Islam Hadharinya dan kini Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak dengan dengan promosi 1Malaysia yang hebat, namun tetap
gagal memahamkan orang sebijak Tun Dr Mahathir mengenai maksud slogan
tersebut sehingga kini, apatah lagi rakyat Malaysia,” kata beliau. Pesuruhjaya
PAS Pahang itu turut menyeru agar semua pimpinan Pakatan Rakyat bekerja
keras bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional akan datang. “Itulah
isu yang harus difokuskan oleh semua pemimpin, anggota, penyokong
Pakatan Rakyat dan rakyat yang inginkan pembaharuan dan jaminan masa
depan yang lebih baik,” nasihat beliau. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA