SHAH ALAM, 28 Sept:
Ungkitan sejarah baru yang ditimbulkan oleh Timbalan Presiden PAS,
Mohamad Sabu yang mengaitkan pejuang Melayu, Mat Indera telah mencetus
fenomena baru dalam negara ini.
"Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu telah merancakkan
perbualan malah menjadi perbahasan pihak-pihak tertentu sehingga seluruh
negara sekarang merungkai balik sejarah-sejarah lama dan inilah
fenomena 'Sabuisme'.
"Satu pertubuhan sejarah baru yang sihat di mana sebelum ini kita
melihat rakyat terlalu sukar untuk berbicara tentang sejarah malah
golongan politik juga tidak mahu menyebutnya tetapi keberani Mat Sabu
menjadikan mereka minat untuk mengetahui sejarah yang sebenar," kata
Dekan Fakulti Sastera dan Sains Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad
Abu Bakar.
Dalam pada itu beliau memberitahu sejarah perlu ada malah ia patut menjadi teras kerana sejarah merupakan laluan antarabangsa.
"Perlu ada malah ia perlu menjadi teras ini adalah kerana sejarah merupakan laluan antarabangsa.
"Dalam masa yang sama selain kita mengekalkan sejarah yang ada
penemuan baru seperti ini perlu dirungkai dan saya tidak berkata ia
perlu ditulis kembali tetapi perlu ada 'renovation' dan digilap kembali
sejarah itu kerana telah wujud penemuan baru yang boleh mengukuhkan
fakta yang telah ada.
"Selari dengan arus sekarang dalam globalisasi dunia yang mahukan
pembaharuan serta tuntutan pelbagai pihak maka sejarah negara perlu
dikaji kembali.
"Kita juga tidak mahu hanya golongan yang memperjuangkan kemerdekaan
sahaja dikatakan pejuang sedangkan mereka yang lebih awal tidak pernah
dikatakan sebagai pejuang kemerdekaan dan bagi saya tidak salah ia
dipulihkan," sambungnya lagi.
Mengaitkan Mohamad sebagai pencetus polemik politik negara, beliau begitu kagum dengan perubahan rakyat di negara ini.
"Saya menghadiri satu forum di Kota Bharu yang mana Mohamad Sabu
adalah salah seorang panel bersama saya dan belum terjadi dalam sejarah
negara dengan kehadirian puluhan ribu orang pada forum tersebut kerana
ingin mengetahui sejarah sebenar negara ini.
"Saya amat kagum dengan perubahan tersebut malah bukan di sana
sahaja, forum di Jabatan Sejarah juga melihatkan kehadiran yang ramai.
Rakyat sudah bangkit dalam fenomena sejarah baru kita.
"Kalau dulu forum sejarah yang dijadualkan pukul 8 tapi 8.30 baru
kita lihat kehadiran tetapi hanya beberapa kerat tetapi sekarang semua
rakyat berlumba-lumba untuk mengetahui sejarah sebenar," tambahnya lagi.
Mohamad juga memberitahu di wacana "Wajarkah sejarah ditulis semula"
anjuran Sinar Harian di Shah Alam, semalam itu bahawa penemuan baru
perlu dikaji kembali dan sejarah bukannya perlu ditulis kembali tetapi
perlu digilap serta dilakukan perubahan selaras dengan penemuan baru.
"Berkaitan dengan Mat Indera yang sebelum ini mengatakan beliau
adalah komunis tetapi penemuan baru menafikan dakwaan tersebut dan ini
merupa fakta sejarah yang penting.
"Mungkin komunis ini adalah taktik baru untuk beliau menentang
penjajahan Inggeris apabila barisan hadapan yang lain telah mengharamkan
penglibatannya untuk berjuang," usulnya lagi.
Turut menjadi ahli panel Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mohd Puad
Zarkashi, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dan sejarawan,
Prof Datuk Ramlah Adam.
Mohamad Sabu telah mengejutkan negara apabila ucapannya pada 21 Ogos
lalu mengenai tragedi Bukit Kepong dan Mat Indera menimbulkan
ketidaksenangan pihak tertentu.
Kenyataan yang dikeluarkan olehnya telah menyebabkan beliau didakwa
di mahkamah kerana menyifatkan pasukan polis yang mempertahankan rumah
pasung Bukit Kepong sebagai "polis British". |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA