KUALA LUMPUR, 20 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat hari
ini mendedahkan pula sekurang-kurangnya 170,818 pengundi tidak
diketahui negara asal kelahiran tetapi layak mengundi.
Mereka merujuk kepada kod negara "71 " yang terdapat pada no kad
pengenalan pengundi tersebut seperti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI)
suku ke dua 2011 SPR.
"Berdasarkan kepada semakkan laman web JPN, tiada kod “71” disenaraikan sebagai kod rasminya.
"Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod “71” adalah suatu kod
warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya," kata
Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan
Kayat.
Menurutnya, 42.33 % atau 72,742 pengundi yang tidak
diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa Cina iaitu
Cina (71,252), Hokkien (521), Teochew (375), Cantonese (292), Foochow
(135), Hainanese (119), Henghua (25) dan Hokchiu (23).
17.33 % atau 29,605 pengundi dari rumpun bangsa India iaitu India
(24,663), India Muslim (2,399), Punjabi (796), Sikh (639), Sri Lanka
(346), Pakistani (328), Tamil (324), Tamil Sri Lanka (67), Telegu (21),
Malabari (12) dan Bangledeshi (10).
Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor
(29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680),
Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah
(8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah
(5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941) .
"Ini bermakna bahawa negeri Pakatan Rakyat (PR) termasuk Perak dan
Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang tidak diketahui negara asal
kelahiran seramai 57.32 % atau 97,923 orang.
"Suatu jumlah yang cukup besar yang mungkin boleh menumbangkan kerajaan yang memerintah," katanya curiga.
Mereka juga turut menjangkakan bahawa terdapat lebih ramai lagi
pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran ini dalam Daftar Pemilih
Induk(DPI) suku ke-3 2011. yang akan digunakan untuk pilihanraya akan
datang.
Ekoran itu mereka mahu JPN memberi penjelasan terhadap persoalan berikut:
1. Mengapa JPN menggunakan kod negara “71” sedangkan setiap negara
seluruh dunia sudah mempunyai kod negara kelahiran yang telah ditetapkan
oleh JPN sendiri. Dalam Kes Mismah yang sepatutnya menggunakan kod
negara Indonesia “61” tetapi Mismah diberi kad pengenalan berkod
negara “71”. Rujuk laman web JPN : http://www.jpn.gov.my/kodnegara dan
http://www.jpn.gov.my/kodnegeri .
2. Kenapa begitu ramai sehingga
170,818 warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya dan
mereka layak mengundi. Bilangan ini terlalu mencurigakan. Apakah ada
agenda tersembunyi dibelakang JPN bagi tujuan manipulasi pilihanraya?
3.
Apakah suatu kebetulan atau sememangnya satu perancangan bahawa negeri
Pakatan Rakyat mempunyai bilangan paling ramai pengundi yang tidak
diketahui negara asal kelahirannya iaitu 57.32% ? |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA